◉ HEADLINES

Anwar ajak rakyat kongsi pandangan melalui Avatar AI

Menurut video itu, rakyat boleh menghubungi avatar berkenaan melalui talian +60378850523

8:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat khususnya golongan muda berkongsi pandangan, kebimbangan dan aspirasi secara langsung menerusi avatar beliau bagi memastikan pembangunan negara terus berteraskan suara serta kehendak rakyat.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata melalui inisiatif dan ikhtiar yang terbentang, beliau mahu terus mendengar dan menggarap harapan anak muda, pengorbanan ibu bapa, warga emas serta suara rakyat yang mendambakan masa depan jauh lebih baik.

“Jadi, saya amat berharap bahawa kalian boleh kongsikan pandangan, kebimbangan dan aspirasi secara terus melalui avatar ini kerana saya yakin negara hanya akan bertambah baik sekiranya ia berpaksi pada suara dan kehendak rakyat,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata Malaysia dibina oleh cita, kudrat serta kekuatan rakyatnya yang pelbagai kaum dan budaya, dan beliau mengajak semua rakyat untuk turut serta dalam kempen tersebut bagi mencipta wacana yang segar untuk negara dan rakyat.

Dalam hantaran itu, beliau turut memuat naik video kecerdasan buatan (AI) berdurasi 2 minit 33 saat yang memaparkan avatar Anwar, iaitu lanjutan digital dirinya yang saya sedia mendengar, membantu dan berkhidmat untuk rakyat.

“Inilah avatar saya, kembar digital yang diinspirasikan oleh nilai dan visi saya. Satu cara baharu untuk kita berhubung, berkongsi pandangan dan meneroka idea. Masa depan tidak ditunggu. Ayuh kita bina dengan ilmu, integriti dan kerja keras, demi rakyat, demi Malaysia MADANI,” kata Anwar.

Menurut video itu, rakyat boleh menghubungi avatar berkenaan melalui talian +60378850523. – 18 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related