◉ HEADLINES

12 lelaki ditahan, bergaduh di restoran ketika tonton final Piala Dunia

Semakan rekod mendapati tiga daripada 12 suspek mempunyai rekod jenayah dan permohonan reman ke atas mereka akan dibuat di Mahkamah Johor Bahru esok

4:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 12 lelaki ditahan bagi membantu siasatan susulan kejadian pergaduhan ketika menonton perlawanan akhir Piala Dunia, di sebuah restoran di Taman Daya, Johor Bahru, awal pagi tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata mereka yang ditahan berusia antara 15 hingga 38 tahun dan ditangkap di Taman Setia Indah, Johor Bahru, antara jam 10 pagi hingga 11 pagi tadi.

Menurutnya, polis menerima maklumat mengenai pergaduhan itu pada jam 5.40 pagi dan pada masa sama mengesan satu klip video tular berhubung pergaduhan tersebut yang dimuat naik oleh pemilik akaun ‘Lion Wong’ dalam kumpulan Facebook ‘Kita Orang Pahang’.

Semua suspek, katanya, ditahan dalam satu operasi khas antara pukul 10 hingga 11 pagi tadi oleh pasukan Cawangan D7, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.

“Semakan rekod mendapati tiga daripada 12 suspek mempunyai rekod jenayah dan permohonan reman ke atas mereka akan dibuat di Mahkamah Johor Bahru esok mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan lanjut.

“Setakat ini, motif atau punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan proses siasatan,” katanya, lapor media.

Beliau memberitahu, permohonan reman terhadap semua suspek akan dibuat di Mahkamah Johor Bahru esok mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan lanjut.

Kes berkenaan, ujarnya kini diklasifikasikan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan menggunakan senjata yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu tular klip video di media sosial mengenai pergaduhan yang berlaku sejurus perlawanan bola sepak Piala Dunia 2026 awal pagi tadi, yang menyaksikan Sepanyol menewaskan Argentina 1-0.

Susulan itu, ruangan komen dipenuhi dengan sindiran, kemarahan dan kekecewaan kerana ada antara penyokong yang tidak matang, selain tindakan agresif membaling kerusi di restoran tersebut. – 20 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Bangsar bars warn of 20% price hike as new alcohol tax looms

Bar owners say the upcoming 10% excise duty under Budget 2026 could squeeze margins, drive drinkers to cheaper alternatives, and push small operators to the brink

◉ Related