◉ HEADLINES

‘Hanya Tok Min calon MB, saya tidak memenuhi syarat kelayakan’: Loke

Loke yang turut bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah berkata, tiada calon lain yang dipertimbangkan untuk jawatan itu selain Aminuddin, yang turut mempengerusikan PH Negeri Sembilan

1:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata beliau tidak mempunyai kriteria untuk menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan sebaliknya hanya seorang calon Pakatan Harapan (PH) ialah Datuk Seri Aminuddin Harun.

Loke yang turut bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah berkata, tiada calon lain yang dipertimbangkan untuk jawatan itu selain Aminuddin, yang turut mempengerusikan PH Negeri Sembilan.

“Calon Menteri Besar kami hanya seorang, iaitu Tok Min (Aminuddin). Perlembagaan Negeri dengan jelas menetapkan bahawa Menteri Besar mestilah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. 

“Saya tidak memenuhi syarat kelayakan tersebut.

“Semua dakwaan kononnya saya adalah calon Menteri Besar hanyalah khabar angin berniat jahat yang disebarkan oleh pihak lawan politik kami,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke projek landasan kereta api KTMB yang telah siap di Bahau, hari ini.

Beliau mengulas gesaan daripada Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, yang meminta PH menamakan calon alternatif Menteri Besar sekiranya Aminuddin tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi dalam pilihan raya. 

Asyraf, secara sinis turut mempersoalkan sama ada PH akan melantik Loke sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, mengulas mengenai dakwaan PH tiada pilihan selain menamakan dirinya sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, Loke berkata ia hanyalah kenyataan ‘jahat’ pihak lawan.

“Itu adalah cakap-cakap jahat daripada pihak yang melawan kita,” katanya.

Pengundian awal PRN Negeri Sembilan ditetapkan pada 28 Julai, manakala hari mengundi pada 1 Ogos. – 24 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related