◉ HEADLINES

Program AI Untuk Rakyat manfaat 100,000 belia : Anwar

Program AI Untuk Rakyat itu akan dibuka bermula 31 Ogos ni bagi belia berusia 18 hingga 30 tahun dan dijangka memanfaatkan sehingga 100,000 belia

12:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar hari ini mengumumkan pelaksanaan program Kecerdasan Buatan (AI) Untuk Rakyat bagi memacu kefahaman dan penggunakan AI dalam kalangan belia.

Menurut Anwar, program AI Untuk Rakyat itu akan dibuka bermula 31 Ogos ni bagi belia berusia 18 hingga 30 tahun dan dijangka memanfaatkan sehingga 100,000 belia.

Mereka yang berjaya melengkapkan model kursus AI di platform Rakyat Digital itu akan menerima langganan selama tiga bulan kepada perisian AI yang terpilih.

“Kita mulakan kohort anak muda untuk kohort umur sekitar 18 hingga 30 tahun dan Kementerian Digital akan menyiapkan modul-modul kursus.

“Belia yang melengkapkan Kursus Al berkaitan akan dapat melanggan secara percuma untuk tempoh tiga bulan dengan aplikasi Al terkemuka,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran ‘AI Malaysia’, di Cyberjaya, hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan murid-murid sekolah pada majlis pelancaran ‘AI Malaysia’, di Cyberjaya, hari ini. – Gambar Facebook Anwar Ibrahim, 28 Julai, 2026

Anwar berkata, Kementerian Digital bertanggungjawab jadi pemangkin utama semarakkan budaya AI, pengunaan AI di semua jabatan, agensi dan kementerian,’’ katanya.

Antara modul yang ditawarkan, katanya, di bawah program berkenaan ialah Keselamatan Al, Cyber SAFE, Agentic Al, Generatif Al dan Cloud Untuk Rakyat.

Beliau berkata akses dan langganan percuma perisian AI itu hanya diberikan kepada peserta yang berjaya menamatkan kursus berkenaan.

“Kita nak pastikan program AI Untuk Rakyat ini yang percuma dibuka mulai 31 Ogos 2026. Jadi, Hari Merdeka kita lancarkan dan dianggarkan memberi manfaat kepada 100,000 anak muda,” kata beliau.

Beliau turut memberitahu, kerajaan tidak mahu dalam kerancakkan negara mengejar teknologi AI, ada rakyat terpinggir dan tidak didedahkan dengan teknologi itu.

“Maka sebab itu, penggunaan AI dan kempen penerangan AI untuk rakyat itu mesti ditingkatkan sebagai satu keutamaan,” katanya. – 28 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related