◉ HEADLINES

Polis siasat unsur kianat dalam kes kematian anjing di Pelabuhan Klang

Sebelum ini tular di media sosial rakaman video yang memaparkan sekumpulan individu meminta haiwan berkenaan dipercayai peliharaan mereka, dilepaskan daripada peralatan tangkapan ketika operasi tangkapan anjing dilakukan sebelum haiwan itu kemudiannya dilihat tidak lagi bernyawa

9:16 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis membuka kertas siasatan membabitkan kematian seekor anjing semasa operasi tangkapan anjing liar di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang, Rabu lalu, yang dipercayai mempunyai unsur khianat terhadap haiwan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Lim Jit Huey berkata, anjing itu disahkan mati selepas kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.50 malam pada 29 Julai di hadapan sebuah rumah di kawasan perumahan berkenaan.

Bangkai anjing itu, katanya telah dihantar ke Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor untuk bedah siasat.

Beliau berkata, operasi itu dijalankan oleh Majlis Bandar Diraja Klang (MBDK) dengan kerjasama penduduk.

“Polis mengesahkan kejadian itu, yang rakaman videonya kini tular di media sosial, memaparkan sekumpulan lelaki mengikat dan mengheret seekor anjing, manakala seorang wanita merayu agar haiwan itu dilepaskan,” katanya, lapor Bernama.

Sebelum ini tular di media sosial rakaman video yang memaparkan sekumpulan individu meminta haiwan berkenaan dipercayai peliharaan mereka, dilepaskan daripada peralatan tangkapan ketika operasi tangkapan anjing dilakukan sebelum haiwan itu kemudiannya dilihat tidak lagi bernyawa.

Lim berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan video kejadian tersebut di media sosial bagi mengelakkan tercetusnya kebimbangan awam yang tidak perlu.

“Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya.

Dalam pada itu, Majlis Bandaraya Diraja Klang menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden tersebut dan menjelaskan kejadian itu berlaku semasa operasi yang dilaksanakan dari 8.30 malam hingga 12 tengah malam susulan aduan rasmi penduduk berkaitan gangguan keselamatan akibat kebanjiran anjing liar.

MBDK berkata, operasi penguatkuasaan itu dijalankan mengikut Undang-Undang Kecil 17(1), Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing MPK 2007, dengan sokongan Jawatankuasa Kesihatan, Kemasyarakatan dan Pembangunan Mampan (JKKPM) serta dimaklumkan kepada Ahli Majlis kawasan.

Operasi melibatkan 11 kakitangan dan seorang pegawai Jabatan Kesihatan MBDK bersama kira-kira 50 penduduk setempat.

“Semua tangkapan dilaksanakan menggunakan peralatan ‘loop’ yang mengikut piawaian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi memastikan proses penguatkuasaan dijalankan secara selamat serta mengutamakan kebajikan haiwan dengan 12 ekor anjing liar berjaya ditangkap,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, kenyataan itu memaklumkan semasa operasi di Jalan Sama Gagah 20, sekumpulan individu telah menghalang tugas anggota MBDK ketika proses menangkap seekor anjing yang didapati berkeliaran tanpa pengawasan di jalan awam.

Menurut MBDK, seorang daripada individu itu telah bertindak agresif dengan cuba memotong tali ‘loop’ menggunakan sebilah pisau serta mengugut untuk mencederakan diri sendiri sekiranya haiwan tersebut tidak dilepaskan.

“Tindakan tarik-menarik dan kekecohan yang berlaku telah menyukarkan usaha anggota MBDK untuk melonggarkan serta melepaskan peralatan berkenaan demi keselamatan haiwan sehingga menyebabkan haiwan tersebut mati.

“Bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih tegang dan menghindari kecederaan kepada mana-mana pihak, anggota MBDK telah melepaskan peralatan tersebut,” menurut kenyataan itu yang turut memaklumkan polis telah hadir ke lokasi bagi mengawal keadaan. – 1 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

The Cabinet group photo maybe signalling General Election is around the corner – Kuik Cheng Kang

Cabinet’s “family portrait” may be brushed off as routine, but in Malaysia’s fluid political landscape, every ritual carries weight. With Johor’s shock dissolution and PAS’ restless manoeuvres, Anwar stands at the starting line—waiting for the signal that could trigger an early general election

◉ Related