◉ HEADLINES

Teknologi ‘5G Advanced’ buka potensi besar pacu transformasi pelbagai sektor : Fahmi

Penerapan teknologi 5G Advanced atau Ultra 5G yang memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) serta robotik, berupaya meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengoperasian pelbagai sektor

5:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penggunaan teknologi 5G Advanced atau Ultra 5G membuka potensi besar dalam memacu transformasi pelbagai sektor utama di negara ini, termasuk pertanian, peruncitan dan kesihatan, kata Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Beliau berkata penerapan teknologi tersebut yang memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) serta robotik, berupaya meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengoperasian pelbagai sektor berkenaan.

“Saya lihat potensinya sangat tinggi, sangat banyak dan sangat baik untuk membantu mengurangkan sama ada kesesakan ataupun tugasan bagi jururawat di wad, untuk membantu meningkatkan produktiviti di ladang-ladang sawit dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Hab Platform Inovasi Perusahaan U Mobile, di sini hari ini.

Bagi sektor peruncitan pula, Fahmi berkata keupayaan analisis data menerusi capaian Ultra 5G, membantu peniaga menguruskan inventori dengan lebih efisien serta mengenal pasti aliran kecenderungan pengguna.

Dalam pada itu, Fahmi turut menyentuh mengenai potensi penggunaan dron berasaskan rangkaian 5G bagi kegunaan pemantauan keselamatan, khususnya di kawasan perbatasan negara.

“Saya dimaklumkan di beberapa tempat ada dimanfaatkan, dengan adanya teknologi ataupun capaian 5G, maka boleh dimanfaatkan penggunaan dron bagi tujuan pemantauan termasuk di kawasan-kawasan sempadan,” katanya.

Sehubungan dengan itu Fahmi berkata beliau berpandangan agensi berkaitan seperti Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), dapat menilai kesesuaian pelaksanaan teknologi berkenaan.

Beliau berkata pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa bersedia bekerjasama dengan kementerian berkaitan, seperti Kementerian Dalam Negeri bagi memastikan liputan Internet di kawasan sempadan dapat ditingkatkan, demi menyokong penggunaan teknologi pemantauan tersebut.

5G Advanced atau turut dikenali sebagai perkhidmatan Ultra 5G, merupakan evolusi terbaharu rangkaian generasi kelima yang beroperasi berasaskan seni bina 5G Standalone (SA).

Teknologi ini menawarkan ketersambungan bertaraf perusahaan dengan kelewatan masa amat rendah, keupayaan network slicing, kapasiti dua kali ganda serta tahap keselamatan disokong AI yang lebih tinggi berbanding rangkaian 5G generasi awal. – 6 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related