◉ HEADLINES

Selangor rancang bangunkan ‘super app’ integrasi 12 PBT

Kerajaan Negeri Selangor bakal menamatkan kekeliruan rakyat yang terpaksa memuat turun pelbagai aplikasi berbeza dengan merancang pembangunan satu 'super app' bersepadu untuk menghubungkan perkhidmatan serta saluran aduan 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

12:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Selangor berhasrat membangunkan satu aplikasi bersepadu atau ‘super app’ yang akan menyatukan pelbagai perkhidmatan dan saluran aduan daripada 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negeri.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Ng Suee Lim, memaklumkan bahawa inisiatif ini diambil bagi memudahkan urusan harian rakyat melalui pengaksesan satu platform setempat yang mesra pengguna.

Langkah berkenaan juga disuarakan bagi menjawab keluhan orang ramai yang sering keliru akibat terlalu banyak aplikasi berasingan yang diwujudkan oleh setiap PBT ketika ini.

“Saya ambil maklum tentang cadangan yang diberikan. Baru-baru ini kita juga terima aduan daripada pelanggan … banyak sangat aplikasi. Jadi kadang-kadang mereka (rakyat) pun keliru (nak guna aplikasi).

“Saya yakin dengan kaedah (cadangan ini) yang kita akan guna pakai dan ditambah baik setiap hari,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Muhammad Hilman Idham (PN-Gombak Setia) berhubung perancangan mewujudkan platform aduan berintegrasi pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Jaminan keselamatan data dan kaunter fizikal kekal

Mengulas mengenai kebimbangan pencerobohan maklumat, Suee Lim memberi jaminan bahawa aspek keselamatan dan kerahsiaan data pengguna menjadi keutamaan utama kerajaan negeri.

Menurutnya, pemantauan berkala akan dijalankan, manakala vendor yang dilantik untuk membangunkan serta mengoperasikan super app itu bakal melalui proses tapisan ketat bagi memastikan hanya penyedia berkeupayaan dipilih.

Dalam pada itu, beliau turut menepis kebimbangan golongan yang tidak celik digital, terutamanya warga emas dan penduduk luar bandar, dengan mengesahkan perkhidmatan kaunter fizikal PBT tidak akan ditutup. – 10 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related