◉ HEADLINES

RCI Tabung Haji: Pembangkang boikot Sidang Khas selepas usul tangguh ditolak speaker

Blok pembangkang Perikatan Nasional (PN) bertindak keluar dewan secara beramai-ramai sebagai bantahan selepas usul menangguhkan Sidang Khas Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji ditolak Speaker Dewan Rakyat, pagi ini

11:17 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Parlimen pembangkang membuat kejutan apabila bertindak keluar dewan (walkout) dan tidak menyertai sidang khas bagi membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat, pagi ini.

Tindakan drastik itu diambil selepas usul mereka untuk menangguhkan sidang khas berkenaan ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Keputusan itu diumumkan oleh Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hasan, sebelum dipersetujui oleh Johari. Susulan pengumuman itu, kesemua Ahli Parlimen PN dilihat bangkit serentak dari tempat duduk masing-masing dan mula beredar keluar.

Terdahulu, Takiyuddin bangkit membangkitkan Peraturan Mesyuarat 13 bagi memohon supaya sidang khas itu ditangguhkan atas alasan ketidakhadiran Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Johari memutuskan sidang tetap diteruskan mengikut jadual dengan sesi penerangan disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Dalam pada itu, Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah menerusi satu kenyataan memaklumkan Perdana Menteri memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke sidang khas tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa Perdana Menteri kini sedang menjalani rawatan oleh pasukan pakar perubatan dan dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.

Semalam, Ketua Pasukan Perubatan kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Asri Ranga Abdullah Ramaiah mengesahkan Anwar selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia). – 11 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

PayNet confirms DuitNow QR code transaction fee for merchants starting Oct 1

In a statement on the matter, PayNet, the operator of DuitNow QR, clarified that the fee follows the lifting of a waiver on the merchant discount rate, which is charged based on a percentage of the payment transaction value.  

◉ Related