◉ HEADLINES

‘PM tak ada, takkan Ahli Parlimen tak boleh dengar dan bahas’ : Zafrul soal pembangkang

Sidang Khas itu bukan mengenai perbahasan tentang Perdana Menteri sebaliknya ia berkaitan simpanan umat Islam dalam Tabung Haji dan merupakan isu yang paling besar melibatkan ekonomi umat Islam serta Melayu dalam sejarah negara

8:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat hadir pada Sidang Khas Dewan Rakyat bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji, Ahli Parlimen sepatutnya menggunakan peluang itu untuk berbahas.

Malah, Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pembangkang boleh berbahas jika tidak bersetuju dan jika kerajaan salah, mereka boleh menghentam dengan fakta.

Justeru beliau mempersoalkan kenapa pembangkang perlu keluar dari Dewan hanya atas alasan Perdana Menteri tidak hadir dan menyifatkan Sidang Dewan khas itu hanya penerangan Menteri.

“Kalau ada yang tak kena, bangun dan soal. Kalau tak setuju, bahas. Kalau kerajaan salah, hentam dengan fakta.

“Tak apa kalau tak setuju. Tapi jangan sampai nampak macam tak peduli,’’ katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Menurut Zafrul, Sidang Khas itu bukan mengenai perbahasan tentang Perdana Menteri sebaliknya ia berkaitan simpanan umat Islam dalam Tabung Haji dan merupakan isu yang paling besar melibatkan ekonomi umat Islam serta Melayu dalam sejarah negara.

“PM tak ada, takkan Ahli Parlimen pun tak boleh dengar dan bahas?

“Saya ada akaun Tabung Haji. Pakcik jual ikan kat pasar ada akaun Tabung Haji. Atok penoreh getah kat kampung ada akaun Tabung Haji. Makcik tukang cuci pun ada akaun Tabung Haji,’’ katanya.

Terdahulu, Ahli-ahli Parlimen pembangkang membuat kejutan apabila bertindak keluar dewan (walkout) dan tidak menyertai sidang khas bagi membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat, pagi ini.

Tindakan drastik itu diambil selepas usul mereka untuk menangguhkan sidang khas berkenaan ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hasan sebelum itu membangkitkan Peraturan Mesyuarat 13 bagi memohon supaya sidang khas itu ditangguhkan atas alasan ketidakhadiran Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, Ketua Pasukan Perubatan kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Asri Ranga Abdullah Ramaiah mengesahkan Anwar selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia).

Berikutan itu, Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah menerusi satu kenyataan memaklumkan Perdana Menteri memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke sidang khas tersebut dan dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari. – 11 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

The Formula for F1’s return to Sepang – Dr Helmy Haja Mydin

The biggest race turnout at the SIC to date is enough cause to consider a resurrection of the Malaysian GP

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Shadow AI in public sector raises questions over governance and data security – KV Soon

Concerns emerge over the use of AI agents linked to an official work email, highlighting the need for stronger oversight, accountability and safeguards

◉ Related