◉ HEADLINES

Wong Chen keluar PKR, sertai Bersama

Wong Chen mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Subang, selepas tiga penggal menjadi wakil rakyat semalam

12:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Subang, Wong Chen mengumumkan keluar dari PKR, untuk menyertai Parti Bersama.

Beliau membuat pengumuman berkenaan pada sidang media di Ibu Pejabat Bersama di Puchong hari ini, yang turut disertai pengasas parti tersebut, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Semalam, Wong Chen mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Subang, selepas tiga penggal menjadi wakil rakyat dan surat berkenaan diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat , Tan Sri Johari Abdul pada 5 Ogos lalu.

Menurut Wong Chen, langkah berkenaan menandakan berakhirnya penglibatan beliau selama 17 tahun dengan PKR.

Jelasnya, beliau meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen terlebih dahulu sebelum keluar daripada PKR, selaras dengan undang-undang anti-lompat parti dan kemudiannya memohon untuk menyertai Bersama.

Beliau berkata permohonannya untuk menyertai Bersama diluluskan kira-kira lima minit sebelum beliau membuat kenyataan tersebut.

“Politik Malaysia kini berada dalam fasa yang sangat toksik. Kami berada di sini untuk menunjukkan wajah sebuah parti yang berbilang kaum dan progresif. Ketika kita memasuki proses pilihan raya yang semakin penting, saya fikir rakyat sedang mencari sesuatu yang lain,” katanya. – 12 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related