◉ HEADLINES

Anwar umum AUKU dimansuh

Setelah bertahun-tahun berdepan kritikan dan desakan penuntut universiti, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kerajaan bakal memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 secara menyeluruh

11:15 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) atau AUKU demikian umum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Anwar yang juga Presiden PKR menjelaskan, ia berikutan masih wujud beberapa perkara yang tidak memuaskan hati mahasiswa walaupun beberapa pindaan sudah dibuat sebelum ini.

“Anak-anak mahasiswa merasakan mereka harus bebas, kita sudah bebaskan dengan pindaan AUKU, masih ada yang tidak puas hati, mereka mengemukakan memo.

“Maka pada hari ini saya nak umumkan, kita akan mansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti,” katanya ketika menyampaikam ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional Keadilan 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, hari ini.

Pimpinan PKR serta Kerajaan Perpaduan antaranya Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Nor dan Presiden Parti AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu turut sama hadir.

Sejak diperkenalkan pada 1971, AUKU sudah menjalani pindaan sebanyak tujuh kali termasuk pindaan pada 2012 yang membenarkan mahasiswa menyertai kegiatan anjuran parti politik di luar kampus.

Akta itu sebelum ini pernah dipinda pada 1971, 1975, 1983, 1996 dan 2009.

Pindaan terbaru pada 2024 lalu menyaksikan tindakan tatatertib ke atas pelajar di universiti awam tidak lagi tertakluk di bawah kuasa Naib Canselor, sebaliknya akan diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib Pelajar iaitu menerusi pindaan Seksyen 16B AUKU.

Selain itu, pindaan menyaksikan penambahbaikan kepada Seksyen 15A AUKU yang membenarkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan badan pelajar untuk memungut wang dan menerima sumbangan dalam apa cara sekali pun tertakluk kepada peraturan dan undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa.

Untuk rekod Pakatan Harapan pernah mendesak dan meletakkan janji pemansuhan penuh AUKU dalam manifesto PRU14 untuk digantikan dengan Akta Universiti baharu yang memberi fokus kepada autonomi akademik.

Namun sebaik mentadbir, Kerajaan Perpaduan mengambil pendekatan meminda bukannya memansuhkan secara total, atas alasan struktur pentadbiran universiti dan pengurusan aset masih memerlukan kerangka perundangan induk.

Langkah ini terus dikritik oleh kesatuan mahasiswa yang menuntut pemansuhan penuh. – 15 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related