◉ HEADLINES

Mansuh AUKU: KPT sedia perundangan baharu ‘One Higher Education Act’

Menyambut baik pengumuman Perdana Menteri untuk memansuhkan AUKU, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengesahkan penggantian kerangka perundangan yang lebih komprehensif telah pun digariskan di bawah Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2035

4:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerangka perundangan pendidikan tinggi negara yang lebih komprehensif bagi menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) telah pun digariskan di bawah Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, langkah berkenaan merupakan sebahagian daripada agenda pembentukan One Higher Education Act yang dilancarkan kementeriannya pada Januari lalu.

Beliau menyambut baik komitmen kerajaan untuk memansuhkan undang-undang penubuhan universiti itu susulan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Kongres Nasional PKR 2026 di Melaka, hari ini.

“Saya mengambil maklum pengumuman Perdana Menteri berhubung kenyataan beliau untuk memansuhkan AUKU ketika ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional Keadilan 2026,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perlu akta induk pengganti

Zambry menjelaskan bahawa AUKU bukan sekadar undang-undang yang mengawal selia hal ehwal mahupun kebebasan mahasiswa, sebaliknya merupakan akta induk yang menunjangi penubuhan, pentadbiran, dan tadbir urus universiti serta kolej universiti di seluruh negara.

Justeru, tindakan memansuhkannya perlu disusuli dengan persediaan undang-undang pengganti yang lebih mantap dan bersifat jangka panjang.

“Oleh itu, pemansuhannya perlu disusuli suatu kerangka perundangan baharu yang lebih menyeluruh, progresif dan sesuai dengan keperluan pendidikan tinggi masa kini serta masa hadapan,” tegasnya.

Libat urus inklusif semua pihak

Bagi memastikan undang-undang baharu itu merangkumi pelbagai aspek, KPT akan melaksanakan proses gubahan secara inklusif dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan.

Ini merangkumi pengurusan universiti, ahli akademik, institusi awam dan swasta, pemain industri, penyedia TVET, politeknik, kolej komuniti, pakar perundangan, serta persatuan mahasiswa.

“Matlamat usaha itu bukan sekadar memansuhkan sebuah akta, tetapi membina kerangka perundangan pendidikan tinggi yang lebih komprehensif dan berdaya hadapan, bagi memperkukuh autonomi institusi, kebebasan akademik dan suara mahasiswa, di samping memastikan tadbir urus, akauntabiliti serta kecemerlangan IPT terus terpelihara,” kata Zambry.

Langkah ini merupakan bahagian penting daripada transformasi sistem pendidikan tinggi negara menerusi RPTM 2026-2035 bagi memastikan sektor pengajian tinggi tempatan kekal relevan dan berdaya saing di peringkat global.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan keputusan memansuhkan AUKU demi memberikan ruang demokrasi dan kebebasan yang lebih meluas kepada gerakan mahasiswa selepas mempertimbangkan memorandum serta pandangan yang dikemukakan oleh kepimpinan penuntut universiti. – 15 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related