◉ HEADLINES

Ayob Khan dedah terima tawaran sertai politik, masih belum buat keputusan

Ayob Khan berkata pertimbangan utama beliau ialah adalah sama ada penglibatannya dalam politik akan memberi ruang untuk melakukan perubahan atau sekadar terpaksa mengikut arus dan arahan pemimpin parti

8:53 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mendedahkan beliau ada menerima tawaran untuk menyertai arena politik, namun setakat ini masih belum membuat sebarang keputusan mengenainya.

Menurut Ayob Khan, pertimbangan utama beliau ialah sama ada penglibatan dalam politik akan memberi ruang kepadanya untuk melakukan perubahan atau sekadar terpaksa mengikut arus dan arahan pemimpin parti.

“Kalau saya terpaksa ikut arus, lebih baik saya tidak pergi politik. Alhamdulillah di mana saya berada, walaupun mungkin ada sikit kekangan, tapi saya masih boleh buat,” katanya, lapor Bernama.

Ayob berkata demikian ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk Di Sebalik Lencana: Kisah dan Legasi Tan Sri Ayob Khan terbitan Bernama TV malam tadi.

Ayob Khan, yang dilahirkan pada 27 Julai 1966 di Kota Setar, Kedah dilantik Timbalan Ketua Polis Negara pada 23 Jun 2023 dan bersara wajib pada 27 Julai lepas, setelah menabur bakti selama hampir 35 tahun bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sepanjang lebih tiga dekad bersama PDRM, beliau pernah berkhidmat dalam Cawangan Khas termasuk Bahagian Counter-Terrorism, selain menyandang jawatan Ketua Polis Johor, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sebelum dilantik Timbalan Ketua Polis Negara.

Dalam pada itu, mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, usaha memerangi rasuah dan memperkasakan integriti secara menyeluruh memerlukan kehendak politik yang teguh bermula daripada peringkat pucuk pimpinan tertinggi.

Menurutnya, kepimpinan atasan harus menunjukkan teladan dan ketegasan yang nyata kerana sebarang bentuk transformasi organisasi hanya akan berjaya sekiranya pihak atasan sendiri memberikan isyarat jelas tanpa kompromi terhadap penyelewengan.

Tambah beliau, berkata walaupun pendidikan integriti kepada generasi muda di peringkat sekolah adalah langkah yang baik, namun ia merupakan pelaburan jangka panjang yang memakan masa.

“Perubahan mesti dari atas, kalau pemimpin itu betul-betul ada political will untuk buat, insya-Allah yang bawah itu akan ikut,’’ katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa budaya tolak ansur atau tindakan menutup kesalahan pegawai dan anggota hanya menggalakkan lebih banyak salah laku, sambil menegaskan tiada siapa yang kebal daripada undang-undang tanpa mengira pangkat atau kedudukan.

Tegasnya, isu rasuah dan integriti tidak seharusnya dianggap ‘rahsia dalaman’ yang perlu disembunyikan, sebaliknya ia perlu diakui secara terbuka.

“Kalau kita tidak mengakui masalah yang ada dalam agensi kita, maknanya kita menuju kehancuran, kita bukan bergerak ke hadapan tetapi ke belakang. Begitu juga dalam keadaan negara kita, kalau kita tidak buat perubahan, kita akan ke belakang, negara lain bergerak depan,” katanya. – 18 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

◉ Related