◉ HEADLINES

RUU Akta Mara 2026 dijangka dibentang November ini

Draf Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mara 2026 kini di fasa akhir bagi memastikan tadbir urus agensi Bumiputera itu diperkasakan mengikut piawaian antarabangsa, termasuk mengehadkan kuasa pengerusi demi menutup ruang rasuah

5:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Draf Rang Undang-Undang (RUU) Akta Majlis Amanah Rakyat (Mara) 2026 yang bertujuan memperkemas dan memperkasa tadbir urus agensi itu kini berada di fasa akhir dan dijangka dibentang di Parlimen pada November ini.

Pengerusi Mara, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebanyak 80 peratus kandungan dalam RUU berkenaan memberi penekanan kepada aspek tata kelola dan tadbir urus berasaskan piawaian antarabangsa serta amalan tadbir urus korporat yang baik, selain mengehadkan kuasa pengerusi.

“Kuasa pengerusi dikurangkan, dia tidak boleh terlibat dalam hal-hal berkaitan pentadbiran dan hanya ‘check and balance’. Ini bukan mengenai saya.

“Ia mengenai institusi. Saya di sini hanya untuk sementara waktu tetapi saya ingin meninggalkan legasi bahawa institusi itu mesti kuat, kukuh dan teguh dari segi tadbir urus korporatnya supaya tiada ruang untuk sebarang bentuk rasuah atau penyelewengan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Prapelepasan Pelajar Tajaan Mara ke Luar Negara Perdana 2026 di sini, hari ini.

Elak penyelewengan, tamatkan kelemahan lampau

Pada 12 Ogos lepas, Asyraf Wajdi berkata penggubalan akta baharu itu diambil bagi memastikan tiada lagi insiden berkaitan salah guna kuasa, kelemahan tadbir urus, penyelewengan, penyimpangan, ketirisan mahupun keborosan serta risiko yang mengakibatkan kemudaratan besar kepada institusi terbesar yang bertanggungjawab menjaga kepentingan Melayu dan Bumiputera itu.

Beliau berkata antara perkara utama dalam draf RUU Akta Mara 2026 itu yang mendapat kelulusan dasar Mesyuarat Jemaah Menteri ialah pengurangan kuasa Pengerusi Mara yang hanya akan bertanggungjawab mempengerusikan Lembaga Pengarah atau Majlis serta menentukan perkara dasar, berbanding kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Mara 1966.

Menurut Asyraf Wajdi, Akta Mara 1966 perlu diperbaharui memandangkan ia tidak lagi sesuai dengan perkembangan dan keperluan tadbir urus korporat masa kini.

“Apa yang dibuat pada 1960-an sudah berbeza dengan 1970-an dan sekarang juga berbeza. Sepuluh atau 20 tahun akan datang juga akan berbeza. Pada waktu itu, apa yang saya buat pada 2026 ini mungkin sudah tidak relevan (pada masa akan datang) dan perlu terus ada perubahan yang lebih baik,” katanya. – 19 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related