◉ HEADLINES

Permohonan pekerja asing kini 100% ‘online’: Kesuma

Proses penggajian pekerja asing kini diperkemas secara digital sepenuhnya bagi mengurangkan birokrasi, namun Kesuma meyakinkan tiada pelonggaran syarat kelayakan atau semakan kawal selia

9:55 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Proses permohonan penggajian pekerja asing kini dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya menerusi Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS), sekali gus menggantikan kaedah manual atau hadir bersemuka bermula hari ini.

Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) memaklumkan, pendekatan itu bertujuan mengurangkan keperluan majikan untuk hadir berulang kali ke pejabat kerajaan, mengurangkan tempoh menunggu serta menjadikan keseluruhan proses lebih tersusun, mematuhi tatakelola dan selesa.

Bagaimanapun, Kesuma menegaskan bahawa pendigitalan proses terbabit tidak bermaksud syarat penggajian pekerja asing dilonggarkan.

“Semua permohonan masih tertakluk kepada penelitian, undang-undang, syarat kelayakan, dasar penggajian pekerja asing serta semakan oleh Agensi Kawal Selia (AKS) yang berkaitan,” menurut kenyataan itu.

Kesuma menjelaskan, proses permohonan bermula daripada langkah majikan mendapatkan kelulusan awal menggajikan pekerja asing di bawah Seksyen 60K Akta Kerja 1955 sehingga memperoleh Surat Kelulusan Bersyarat (SKB). Proses ini boleh diselesaikan dalam tempoh 14 hari, tertakluk kepada kelengkapan permohonan serta pematuhan syarat dan kriteria yang ditetapkan.

Majikan boleh mengakses sistem ini menerusi portal rasmi di www.fwcms.com.my.

FWCMS dibangunkan sebagai platform holistik untuk menguruskan rantaian hayat (lifecycle) pekerja asing di Malaysia, merangkumi permohonan kuota, pemeriksaan kesihatan, sehingga pelepasan imigresen.

Sistem ini diperkenalkan bagi meningkatkan ketelusan, membasmi penglibatan ejen haram, dan memantau pematuhan undang-undang perburuhan secara terpusat.

Sementara itu, Kesuma turut memaklumkan bahawa pendekatan memudah cara menerusi pengagihan kuota secara berfasa dilaksanakan bagi pembukaan kuota penggajian 15,000 pekerja asing untuk industri restoran, seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Julai lalu.

“Dalam hal ini, 5,000 kuota pekerja asing melibatkan 1,033 majikan yang telah melalui temu duga mengikut kes sedang diproses untuk kelulusan,” jelas Kesuma.

Pihak kementerian menyarankan majikan yang telah melalui sesi temu duga atau mahu mengemukakan permohonan baharu agar melengkapkan borang permohonan masing-masing menerusi FWCMS.

Dalam perkembangan sama, cadangan mewujudkan Pusat Transit Pekerja Asing bagi menangani isu kesesakan kemasukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini sedang diperhalusi dan bakal dimulakan melalui pelaksanaan projek rintis tidak lama lagi. – 22 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related