◉ HEADLINES

Solehah Yaacob bakal heret UIAM ke Mahkamah Perusahaan

Pensyarah kontroversi Solehah Yaacob turut menolak pampasan enam bulan gaji daripada UIAM dan sedia mencabar keputusan penamatan perkhidmatannya yang berkuat kuasa 27 April lalu menerusi laluan undang-undang

10:56 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas ahli akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Solehah Yaacob, mengesahkan bakal membawa isu penamatan perkhidmatannya oleh universiti berkenaan ke Mahkamah Perusahaan, mendakwa institusi pengajian tinggi itu bertindak secara tidak profesional.

Isu penamatan jawatan beliau hadir selepas UIAM mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengesahkan bahawa pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang linguistik bahasa Arab itu telah dipecat berkuat kuasa 27 April lalu.

Menurut universiti tersebut, Solehah tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan UIAM dan dilarang menggunakan sebarang gelaran atau jawatan yang dikaitkan dengan institusi berkenaan.

Solehah menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap proses penamatan tersebut yang disifatkannya sebagai tergesa-gesa.

“Saya dipecat dalam tempoh 24 jam dan tidak dibenarkan buat rayuan,” katanya memetik laporan FMT.

“UIAM mahu bayar saya (pampasan) bersamaan enam bulan gaji, tetapi saya tolak.”

Beliau turut mempersoal wajaran keputusan itu yang dibuat sejurus selepas beliau menerima pengiktirafan akademik daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Penilaian Penyelidikan Malaysia (MyRA) — sistem penarafan yang dibangunkan sejak 2006 bagi mengukur pencapaian serta prestasi penyelidikan universiti tempatan.

Nama Solehah kerap mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan sejarawan dan komuniti akademik ekoran beberapa teori serta dapatan kajian belia mengenai sejarah dan asal usul tamadun Melayu.

Antara dakwaan beliau yang paling menjadi tumpuan termasuklah pandangan bahawa bahasa Melayu merupakan antara bahasa tertua di dunia yang mendahului bahasa Sanskrit, selain teori yang mengaitkan keturunan raja-raja Melayu dengan jurai keturunan Nabi Ibrahim AS.

Beliau juga pernah mengemukakan naratif bahawa kapal bahtera Nabi Nuh AS dibina menggunakan kayu jati dari kawasan kepulauan Melayu, serta dakwaan mengenai kewujudan penempatan tamadun kuno yang dikaitkan dengan kerajaan Nabi Sulaiman di wilayah ini.

Dapatan-dapatan tersebut sering mendapat kritikan daripada pakar sejarah dan ahli arkeologi tempatan yang menganggap teori berkenaan kekurangan bukti empirikal, metodologi saintifik serta sumber rujukan sejarah primer yang sahih. – 24 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related