◉ HEADLINES

Asyraf Wajdi umum langkah penubuhan Hospital Mara pertama

Penubuhan Hospital Mara bakal melengkapkan rantaian latihan perubatan dan keusahawanan agensi berkenaan, sekali gus bertindak sebagai makmal hidup dan pusat kecemerlangan kesihatan Bumiputera

3:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (Mara) secara rasmi memulakan langkah penubuhan Hospital Mara pertama menerusi pembentukan satu pasukan khas pengoperasian.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa agensi itu kini mempunyai ekosistem kesihatan yang lengkap untuk menyokong penubuhan hospital berkenaan.

Beliau menjelaskan bahawa Mara disokong oleh rangkaian 160 cawangan UniKLINIK, UniFarmasi, dan UniDental yang dimiliki usahawan profesional bumiputera di bawah Program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC). Rangkaian ini bakal bertindak sebagai perkhidmatan penjagaan kesihatan barisan hadapan bagi menyokong pengoperasian hospital tersebut.

Dari segi latihan dan kepakaran, Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP) sudah melahirkan doktor, manakala Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) melatih jururawat.

Disiplin sains bioperubatan di UniKL Malaysian Institute of Medical Science Technology (UniKL MESTECH) serta penerapan teknologi di kampus UniKL lain turut disepadukan bagi melengkapkan rantaian perubatan ini.

Asyraf Wajdi turut menekankan peranan institusi itu yang akan berfungsi lebih daripada sekadar pusat rawatan.

“Malah Hospital Mara boleh berfungsi sebagai living lab (makmal hidup) untuk pelajar dan penyelidik Mara. Pelajar KKTM (Kolej Kemahiran Tinggi Mara) boleh terlibat dalam teknologi peralatan dan sistem hospital, pelajar UniKL RCMP menjalani latihan klinikal, kampus UniKL lain membangunkan AI (kecerdasan buatan), IoT (Internet benda), robotik atau peranti perubatan, sementara usahawan Mara membekalkan produk serta perkhidmatan kepada ekosistem tersebut,” katanya dalam perkongsian di Facebook hari ini.

Langkah ini juga menjadi pelengkap kepada ekosistem pendidikan Mara yang memerlukan hospital pengajar bagi menyediakan latihan klinikal dan pengalaman praktikal secara langsung.

“Setelah puluhan tahun kita melahirkan doktor, jururawat, ahli farmasi dan profesional kesihatan, sudah tiba masanya Mara bukan sahaja melahirkan tenaga profesional dalam industri kesihatan tetapi turut membina dan memiliki institusi yang menjadi tempat mereka berkhidmat, melakukan penyelidikan dan akhirnya menerajui industri tersebut,” jelasnya. – 24 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Malaysia sees 11.1% increase in crime rate, with property offences and assaults leading the rise

The latest report reveals a spike in property crimes and assaults, while homicides and kidnapping cases show signs of improvement

◉ Related