◉ HEADLINES

PAS Pahang sahkan akan menentang Umno di PRU16

PAS Pahang menamatkan desas‑desus kerjasama dengan Umno apabila mengesahkan akan bertanding menentang parti itu pada PRU16 mendakwa BN masih bergantung kepada DAP dan PKR dalam kerajaan negeri

10:01 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS Pahang menegaskan pendiriannya untuk bertanding menentang Umno pada Pilihan Raya Umum ke‑16 (PRU16), sekali gus menamatkan khabar angin kononnya kedua‑dua parti itu akan bekerjasama di negeri berkenaan.

Dalam kenyataan rasmi bertajuk “Pendirian Jabatan Pilihan Raya PAS Pahang”, Pengarah Pilihan Raya negeri, Hamdan Abdullah, memaklumkan bahawa PAS bersedia mengambil alih kerusi DUN Lepar dan Kuala Sentul bagi diisi calon parti itu pada PRU16 akan datang.

“Daripada perkembangan semasa, kelihatan Datuk Seri Wan Rosdy, Pengerusi BN Pahang, tidak berminat untuk bekerjasama dengan PAS/PN atas usaha penyatuan ummah yang lebih besar,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Kenyataan itu sekali gus menolak desas‑desus sebelum ini bahawa PAS dan Umno akan bergabung di bawah agenda penyatuan ummah di Pahang.

Sebaliknya, PAS menegaskan strategi baharu akan ditentukan oleh kepimpinan tertinggi parti menjelang pilihan raya.

Hamdan turut menyindir kekuatan BN yang masih bergantung kepada gabungan DAP dan PKR dalam kerajaan negeri, sambil menyeru pengundi menilai semula hala tuju politik tanah air.

“Kekalkan 6 DAP dan 2 PKR dalam kerajaan Pahang serta menambah sokongan 2 ‘pelarian’ mungkin menyebabkan BN merasa semakin kuat di 17 peti undinya pada PRU16.

“Biarlah rakyat kembali menentukan percaturan tanah air mereka, khususnya di Pahang — adakah masih mahu UMDAP, atau mahu berubah kepada yang lebih baik?” tempelaknya. – 28 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related