◉ HEADLINES

Saravanan terkejut dikenakan tiga pertuduhan ‘fakta sebenar akan keluar di mahkamah’

Saravanan yang berkhidmat sebagai Menteri Sumber Manusia dari 2020 hingga 2022 berkata beliau juga tidak mempunyai hubungan peribadi dengan individu yang dinamakan dalam pertuduhan tersebut dan yakin fakta sebenar akan keluar di mahkamah

1:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan terkejut dengan tiga pertuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya dan yakin fakta sebenar akan didedahkan ketika prosiding mahkamah nanti.

Ahli Parlimen Tapah yang juga Timbalan Presiden MIC itu, berkata beliau juga tidak mempunyai hubungan peribadi dengan individu yang dinamakan dalam pertuduhan berkenaan.

“Tidak lama lagi fakta akan keluar. Hari ini saya tidak boleh sebut fakta. Apabila kes ini dibicarakan di mahkamah, fakta akan keluar.

“Yang penting, saya mahu membersihkan nama saya melalui proses perbicaraan yang adil,” katanya pada sidang media di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Ditanya sama ada pertuduhan itu bermotifkan politik, Saravanan, 58, berkata:

“Jika anda mahu menjatuhkan saya secara politik, hantar calon terbaik ke Tapah dan cabar saya.

“Jangan gunakan taktik seperti ini untuk menjatuhkan seseorang daripada politik. Saya juga mempunyai keluarga,” katanya.

@scoopdotmy Bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan terkejut dengan tiga pertuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya dan yakin fakta sebenar akan didedahkan ketika prosiding mahkamah nanti. Ahli Parlimen Tapah yang juga Timbalan Presiden MIC itu, berkata beliau juga tidak mempunyai hubungan peribadi dengan individu yang dinamakan dalam pertuduhan berkenaan. #saravanan #mahkamah #MIC #SPRM #malaysia ♬ original sound – Scoopdotmy

Terdahulu, Saravanan didakwa di Mahkamah Sesyen, hari ini atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM1.097 juta berhubung kelulusan bagi permohonan 1,000 kuota pekerja asing untuk sebuah syarikat, empat tahun lepas.

Saravanan, 58, mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan satu per satu di hadapan Hakim Azura Alwi.

Azura membenarkan Saravanan diikat jamin RM450,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia bagi kesemua pertuduhan yang dihadapinya.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan, iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhampiran setiap tiga bulan sekali sehingga perbicaraan selesai, selain dilarang mengganggu saksi pendakwaan sama ada secara sendiri atau melalui pihak ketiga.

Sementara itu, Saravanan turut meminta supaya kes berkenaan tidak dilengah-lengahkan dan proses perbicaraan dipercepatkan memandangkan beliau mempunyai tanggungjawab kepada rakyat sebagai Ahli Parlimen dan parti.

Dalam pada itu, ditanya mengenai surat yang pernah dihantar kepada Perdana Menteri, beliau memberitahu, perkara itu sudah membincangkan perkara itu dengan Perdana Menteri sejak enam bulan lalu.

“Saya tidak minta Perdana Menteri kawal SPRM, saya minta Perdana Menteri membantu meneliti kes ini kerana saya memang tidak terlibat.

“Sekarang rayuan kedua saya, cepatkan kes ini dan jalankan dalam masa terdekat. Ini membabitkan seorang wakil rakyat dan Timbalan Presiden MIC. Saya ada tanggungjawab terhadap ahli-ahli parti saya,” katanya.

Saravanan berkhidmat sebagai Menteri Sumber Manusia dari 2020 hingga 2022. – 28 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related