◉ HEADLINES

Agong perkenan permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke mesyuarat kelak

Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong memperkenankan agar permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak

11:53 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong memperkenankan agar permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang akan diadakan kelak.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) (BHEUU) dalam kenyataannya berkata, Yang di-Pertuan Agong juga perkenan untuk membebaskan 65 banduan hari ini.

“Banduan bukan warganegara hendaklah dihantar pulang ke negara asal dalam tempoh enam bulan selepas dibebaskan,’’ kata BHEUU.

Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya itu telah diadakan pagi ini.

Terdahulu, mesyuarat berkenaan yang berlangsung di Istana Negara, pagi tadi, dihadiri Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh.

Hannah, sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap Wilayah Persekutuan, Yeoh merupakan anggota lembaga itu bersama Peguam Negara dan tiga anggota lain yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.  

Najib, 73, kini sedang menjalani hukuman penjara enam tahun di Penjara Kajang selepas disabitkan pada 2020 atas kesalahan menyeleweng RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat dana pelaburan negara 1Malaysia.

Pembebasan Najib yang juga bekas Ahli Parlimen Pekan itu terus menjadi isu penting dalam Umno, apatah lagi beliau masih dilihat sebagai tokoh berpengaruh meskipun sedang menjalani hukuman penjara. 

Malah Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau berharap “keputusan terbaik” akan dicapai berhubung permohonan Najib untuk menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah apabila Lembaga Pengampunan bersidang hari ini.

Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata kuasa untuk membuat keputusan berhubung perkara itu terletak sepenuhnya pada Yang di-Pertuan Agong dan yakin budi bicara serta kebijaksanaan baginda akan menentukan keputusan berhubung permohonan tersebut.

Scoop sebelum ini melaporkan Najib dikatakan antara 155 kes yang akan dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pada mesyuaratnya pada 11 September, beberapa hari sebelum sambutan Hari Malaysia.

Jumlah besar kes yang akan dibawa ke hadapan lembaga itu bermakna permohonan Najib akan dinilai bersama lebih 100 banduan lain yang turut memohon pengampunan.

Namun, kes beliau dijangka mendapat perhatian susulan kedudukannya sebagai bekas pemimpin negara serta kemungkinan menerima pelepasan lebih awal. – 11 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related