◉ HEADLINES

Drama ‘Madu atau Racun’, ‘Cela’ kini di tangan panel Jakim: Finas

Ekoran kontroversi kemasyarakatan, Finas dan Jakim bakal mengetatkan syarat Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) bagi memastikan kreativiti pengkarya tempatan tidak terbabas dari landasan agama dan budaya

8:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Nasib drama bersiri Madu atau Racun dan Cela kini diserahkan sepenuhnya kepada penilaian panel Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang bakal meneliti keseluruhan jalan cerita serta konteks kandungan sebelum sebarang keputusan penayangan dibuat.

Ketetapan itu dicapai hasil pertemuan strategik antara Finas dan Jakim hari ini berikutan keresahan awam terhadap kandungan drama berkenaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengesahkan pihaknya bersama Jakim dan agensi berkaitan akan menganjurkan sesi libat urus khas bersama pemain industri filem serta televisyen bagi merangka tatacara dan garis panduan penerbitan yang lebih jelas.

Sebagai langkah kawalan bertulis, Finas turut menetapkan syarat tambahan dalam Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) agar setiap rumah produksi menghasilkan karya yang mematuhi garis panduan serta tidak membawa kemudaratan sosial.

“Langkah ini bukan bertujuan mengehadkan kebebasan berkarya, sebaliknya memastikan kreativiti berkembang secara bertanggungjawab dengan mengambil kira sensitiviti agama, nilai budaya, kepentingan masyarakat serta persekitaran perundangan negara,” menurut kenyataan Finas.

Isu ini mula tercetus apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan mengumumkan penolakan penayangan Madu atau Racun selepas drama itu didakwa mencetuskan kontroversi serta kegelisahan dalam kalangan masyarakat.

Tindakan tegas itu menyaksikan platform penstriman terbabit bersetuju menurunkan sementara enam episod yang telah disiarkan, manakala baki enam episod lagi ditangguhkan tayangannya bagi membolehkan kesemua 12 episod disunting dan dinilai semula secara menyeluruh. – 11 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related