◉ HEADLINES

Dr Sivanaesan dilantik presiden baharu MMA

Beliau yang pernah memegang jawatan pengerusi MMA Selangor, menggantikan Dr R. Thirunavukarasu, yang menamatkan penggalnya mulai semalam

8:43 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Terpilih Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr L. Sivanaesan dilantik sebagai presiden baharu persatuan itu menggantikan Datuk Dr R. Thirunavukarasu yang menamatkan penggalnya mulai semalam.

Dr Sivanaesan, pernah memegang jawatan Pengerusi MMA Selangor, Timbalan Setiausaha Kehormat MMA selama dua penggal serta Pengerusi Bahagian Pengamal Perubatan Swasta Kebangsaan.

Dalam ucapan pada majlis makan malam Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) 2026 di Ipoh, malam tadi, Dr Sivanaesan berkata mengekalkan doktor dalam sistem kesihatan awam menjadi keutamaannya ketika negara berdepan dengan peningkatan tuntutan perkhidmatan kesihatan dan keperluan tenaga kerja dalam sektor berkenaan, lapor Bernama.

“Untuk melatih seorang doktor mengambil masa bertahun-tahun dan memerlukan pelaburan yang besar.

“Apabila doktor berpengalaman meninggalkan sistem kesihatan awam, kita bukan sekadar kehilangan tenaga kerja, malah kehilangan petugas yang berpengalaman, kepakaran dan kesinambungan rawatan kepada pesakit,” katanya.

Dr Sivanaesan berkata untuk mengekalkan doktor tidak boleh ditangani hanya dengan menambah jumlah graduan perubatan, sebaliknya tumpuan perlu diberikan kepada kemajuan kerjaya, persekitaran kerja, pembangunan profesional serta prospek jangka panjang. – 13 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related