◉ HEADLINES

Azeez Rahim, keluarga diarah isytihar harta dalam tempoh sebulan

Notis mengenai pengisytiharan harta itu telah diberikan kepada Azeez dan ahli keluarganya oleh SPRM

12:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan ahli keluarga diberikan tempoh sebulan untuk mengisytiharkan harta masing-masing, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman.

Menurut Abd Halim, notis mengenainya telah diserahkan kepada Azeez dan ahli keluarganya.

“Notis berkenaan disampaikan kepada beliau dan ahli keluarganya dan ada borang tertentu diberikan bagi pelaporan harta tersebut dilakukan atau dilaporkan kepada pihak SPRM,

“Biasanya tempoh sebulan diberikan, namun lanjutan boleh dipertimbangkan jika perlu berdasarkan keadaan,” katanya, lapor media.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Menembak SPRM bersama media di Maktab Penjara Kajang, hari ini.

Menurut Abd Halim, penyiasat SPRM kini sedang mengumpul bukti menerusi lima siasatan aktif yang dikaitkan dengan dana haji berkenaan.

Antara fail aktif itu ialah siasatan terhadap pembayaran bonus yang tinggi seperti yang dibangkitkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH).

Pada 9 September lalu, Azeez mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan jawatan pengerusi di sebuah syarikat dan meyakinkan Ahli Lembaga TH untuk bersetuju meluluskan cadangan pelaburan RM193.5 juta dalam syarikat itu, 12 tahun lepas.

Pada hari yang sama, Azeez bersama dua bekas pegawai atasan TH direman selama dua hari bagi membantu siasatan kes tipu berkaitan pemberian hibah TH.

Laporan RCI mengenai TH yang dimuat naik melalui portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 29 Julai lepas antara lain mencadangkan supaya audit forensik dijalankan untuk meneliti kaedah keputusan pelaburan lepas dibuat sehingga menyebabkan TH berhadapan dengan penurunan nilai aset yang teruk.

Laporan bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi TH dari 2014 hingga 2020 itu turut menyenaraikan pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik.

Skop siasatan RCI meliputi penelitian terhadap isu berkaitan TH sepanjang tempoh 2014 hingga 2020 dengan merujuk penemuan firma PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger, tidak termasuk pelan penstrukturan serta pemulihan yang sedang dijalankan ketika itu. –19 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related