◉ HEADLINES

Mohamad Sabu sahkan sudah beri keterangan kepada SPRM isu kelewatan baja

Siasatan awal SPRM mendapati sebuah syarikat sepatutnya membekalkan 616,015 beg baja, namun sehingga September hanya 333,655 beg baja dibekalkan, iaitu kekurangan 282,360 beg

3:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu mengesahkan beliau telah memberikan keterangan selama 30 minit kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan membabitkan isu kelewatan bekalan baja di Kedah.

Mohamad berkata, beliau menjawab semua soalan yang diberikan dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk selanjutnya.

“Ya, selesai. Saya dipanggil untuk memberi keterangan, saya pergilah memberi keterangan.

“Kejap saja. Mereka panggil, apa ditanya kita jawab dan serah kepada mereka,’’ katanya, lapor media.

Beliau yang juga presiden parti Amanah berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya Parti Amanah Negara (Amanah) di Duyong, Melaka, hari ini.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman berkata agensi berkenaan telah merakam keterangan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian itu berhubung siasatan membabitkan isu kelewatan bekalan baja di Kedah.

Jelasnya, keterangan Mohamad dirakam pada 16 September manakala KSU dirakam sehari sebelum itu.

Setakat ini, 37 saksi telah dipanggil dan keterangan mereka dirakam bagi membantu siasatan yang dimulakan pada 26 Ogos berhubung pelantikan sebuah syarikat oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

“Siasatan masih lagi berlangsung, namun sudah sampai ke penghujung dan dijangka dapat dimuktamadkan dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi,” katanya.

Abd Halim berkata SPRM juga akan mengambil keterangan beberapa orang saksi lagi bagi melengkapkan siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan menggunakan dokumen yang diketahui atau dipercayai palsu.

Sebelum ini, siasatan awal SPRM mendapati sebuah syarikat sepatutnya membekalkan 616,015 beg baja, namun sehingga September hanya 333,655 beg baja dibekalkan, iaitu kekurangan 282,360 beg.

Kertas siasatan dibuka susulan aduan yang diterima berhubung dakwaan kegagalan syarikat pembekal baja yang dilantik KPKM untuk membekal baja menerusi Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada). – 19 September, 202

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related