◉ HEADLINES

DUN Melaka bubar berkuat kuasa esok

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan secara rasmi berkuat kuasa esok selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam, sekali gus memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 diadakan dalam tempoh 60 hari

5:17 PM MYT

 

MELAKA – Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan berkuat kuasa esok, bagi memberi laluan kepada proses Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan perkara itu pada sidang media di Seri Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.

“Dengan pembubaran ini, maka berakhirlah penggal Dewan Undangan Negeri Melaka dan proses seterusnya akan dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang serta ketetapan pihak berkuasa yang berkaitan.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka atas perkenan serta kebijaksanaannya dalam melaksanakan fungsi sebagaimana yang diperuntukkan,” katanya.

Beliau berkata Speaker DUN Melaka Datuk Ibrahim Durum telah menyerahkan notis pembubaran berkenaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

PRN Melaka ke-15 diadakan pada 20 Nov 2021 selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong kerajaan, menarik sokongan terhadap kepimpinan bekas Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali pada 4 Okt 2021.

Empat ADUN berkenaan ialah bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

Pada PRN tersebut, Barisan Nasional (BN) menang 21 kerusi dengan UMNO menguasai 18 kerusi, MCA (dua) dan MIC (satu) sekali gus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti lebih dua pertiga.

Pakatan Harapan (PH) pula menang lima kerusi menerusi parti DAP dengan empat kerusi dan Amanah (satu) manakala Perikatan Nasional (PN) dengan dua kerusi.

Bagaimanapun, dinamika politik menyebabkan berlaku perubahan kerusi selepas ADUN Rembia daripada BN iaitu Datuk Muhammad Jailani Khamis menyertai PAS manakala ADUN Bemban daripada Bersatu, Dr Mohd Yadzil Yaakub dipecat daripada parti itu dan menjadi ADUN Bebas namun kekal di blok pembangkang.

Ia menyebabkan BN kehilangan satu kerusi namun masih menguasai DUN secara majoriti dengan 20 kerusi sekali gus tidak menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri.    

Penggal DUN Melaka sepatutnya berakhir pada 27 Dis ini. – 22 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

RM200m World Cup rights fee puts Malaysia’s 2026 viewing at risk

Malaysia could miss live coverage of the 2026 FIFA World Cup as a steep RM200 million broadcasting fee strains Astro and RTM, raising doubts over whether fans will be able to watch football’s biggest tournament

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

◉ Related