◉ HEADLINES

Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia

Berita pemergian Allahyarham Dr Siti Hasmah disahkan anaknya Tan Sri Mokhzani Mahathir ketika dihubungi Bernama hari ini

11:59 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini.

Berita pemergian Allahyarham Dr Siti Hasmah disahkan anaknya Tan Sri Mokhzani Mahathir ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dr Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh anak.

Dilahirkan pada 12 Julai 1926, Dr Siti Hasmah ialah tokoh wanita Malaysia yang dihormati bukan sahaja sebagai isteri kepada bekas perdana menteri, tetapi juga atas sumbangannya sendiri dalam bidang perubatan dan kebajikan masyarakat yang menjadi inspirasi rakyat negara ini.

Sepanjang hayatnya, Dr Siti Hasmah merupakan wanita Melayu pertama ditawarkan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di King Edward VII Collage of Medicine, Singapura.

Pada 1965, Allahyarham menjadi wanita pertama dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Bahagian Kesihatan Ibu Mengandung dan Kanak-Kanak, manakala pada 1974, Dr Siti Hasmah merupakan wanita pertama dilantik sebagai Pegawai Kesihatan Negeri Ibu Mengandung dan Kanak-Kanak.

Sebagai bekas Presiden Badan Kebajikan Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), Dr Siti Hasmah aktif menjalankan pelbagai usaha mendidik remaja Malaysia tentang bahaya penyalahgunaan dadah sehingga dijemput oleh bekas wanita pertama Amerika Syarikat, Nancy Reagan, untuk menghadiri First Ladies’ Conference on Drug Abuse di Washington pada 1985.

Dr Siti Hasmah juga aktif dalam bidang sukan dan bermain badminton secara kompetitif sehingga berumur 75 tahun.

Kecintaan dan penglibatan mendalam Dr Siti Hasmah dalam sukan badminton menyebabkan Allahyarham dianggap sebagai “ibu” kepada barisan pemain badminton negara.

Allahyarham juga merupakan bekas Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan bekas penaung Persatuan Tenis Kerusi Roda Malaysia.

Dr Siti Hasmah merupakan isteri Perdana Menteri Malaysia pertama yang menerima Anugerah Persekutuan Seri Setia Mahkota Malaysia (SSM) yang membawa gelaran Tun. – 28 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related