◉ HEADLINES

Agong terima menghadap PM hampir sejam di Istana Bukit Tunku

Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim menerima sembah maklum mengenai tadbir urus Kerajaan Persekutuan dan isu-isu semasa daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan khas hari ini

11:25 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu pertemuan khas bagi membincangkan hal ehwal tadbir urus negara serta isu-isu semasa di Istana Bukit Tunku, hari ini.

Sesi pertemuan empat mata itu berlangsung selama hampir sejam, menjadi medan penting buat pucuk pimpinan kerajaan menyembah maklum perkembangan terkini pentadbiran Persekutuan secara terus kepada Seri Paduka Baginda.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan menerusi hantaran rasmi di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Ismail, fokus utama perbincangan terarah kepada hala tuju dan kelancaran jentera kerajaan.

“Seri Paduka Baginda berkenan menerima sembah maklum mengenai perkembangan terkini urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan serta membincangkan isu-isu semasa,” petik kenyataan rasmi tersebut.

Sesi mengadap peringkat tertinggi ini menegaskan peranan berterusan Seri Paduka Baginda dalam memantau urusan tadbir urus negara di samping memastikan koordinasi yang rapat antara Istana Negara dan Kerajaan Persekutuan.

“Pertemuan YAB Perdana Menteri bersama Seri Paduka Baginda selama hampir sejam berlangsung di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada hari ini,” menurut kenyataan itu lagi.

Pertemuan terbaharu ini sekali gus mencerminkan kestabilan hubungan institusi Diraja dan eksekutif dalam mengemudi Isu-isu nasional demi kesejahteraan rakyat. – 29 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related