◉ HEADLINES

‘Jika harganya diri saya, saya bayar’: Mohd Shuhaily pasrah isu video tular KLIA

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menegaskan beliau sedia berdepan sebarang tindakan kerajaan berhubung video tular membabitkan dirinya di KLIA, sambil menyifatkan setiap perubahan menuntut pengorbanan

4:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – “Untuk mengubah sesuatu, ia mempunyai harga. Dan sekiranya harga itu ialah diri saya, maka saya bayar dengan diri saya.”

Demikian ketegasan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang menyatakan kesediaan menerima sebarang keputusan atau tindakan daripada kerajaan berhubung insiden video tular melibatkan dirinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.

Mohd Shuhaily mengesahkan perkara berkenaan telah pun dimaklumkan kepada peringkat tertinggi kerajaan serta Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Apa jua keputusan mereka, saya terima kerana pada saya untuk mengubah sesuatu, ia mempunyai harga. Dan sekiranya harga itu ialah diri saya, maka saya bayar dengan diri saya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media khas hari ini bagi merungkai kontroversi video tular yang memaparkan tindakan beliau memarahi seorang individu di pintu masuk utama negara itu.

Tanpa bersikap mempertahankan diri secara melampau, Mohd Shuhaily memilih untuk menyerahkan sepenuhnya proses siasatan kepada pihak berkuasa agar ketelusan dan keadilan dapat ditegakkan.

“Apa pun, saya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut dengan penuh efisien. Biarlah keadilan muncul kelak bagi semua pihak,” tegas beliau. – 1 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related