◉ HEADLINES

Prestasi cemerlang, integriti saya jadi ancaman individu tertentu: Rafie

Mohamad Rafie berharap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menilai semula pencalonan di kerusi Ampangan

4:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan, Datuk Mohamad Rafie Ab Malek mendakwa beliau digugurkan sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini kerana kehadirannya di dalam kerajaan Negeri Sembilan tidak disenangi pihak tertentu.

Mengakui tersentak dengan tindakan pucuk kepimpinan PKR yang tidak mencalonkannya semula, Mohamad Rafie berkata, pencapaian cemerlang dan nilai keperibadian dengan integriti baiknya menjadi ancaman kepada individu tersebut.

“Prestasi saya selaku exco di Negeri Sembilan dalam portfolio yang diamanahkan iaitu pelaburan, perindustrian, keusahawanan, pendidikan dan modal insan amat cemerlang.

“Saya juga dikenali dengan nilai integriti yang tinggi iaitu tidak ada satupun terbabit dengan salahguna kuasa, rasuah, nepotisme, kronisme atau apa-apa yang mencemarkan keperibadian saya.

“Maka individu ini dan rakan-rakannya di peringkat pusat berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan saya dikeluarkan daripada kepimpinan kerajaan Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, beliau berharap agar Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menilai semula pencalonan di kerusi Ampangan.

Tegas beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, perubahan itu perlu dilakukan kerana kaji selidik di Ampangan menunjukkan majoriti rakyat mahukannya meneruskan perkhidmatan di kawasan tersebut.

“Hakikatnya, umum mengetahui bahawa saya berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat di Ampangan dan memajukan Negeri Sembilan.

“Saya juga dikenali sebagai mesra penduduk dan membantu kesemua tanpa mengira latar belakang bangsa, agama dan fahaman politik,” katanya.

Terdahulu, Anwar yang juga Pengerusi PH mengumumkan Ketua Wanita PKR Cabang Seremban, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman sebagai calon di kerusi itu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu, Mohamad Rafie menang di kerusi DUN Ampangan dengan majoriti 1,360 undi menewaskan dua pencabar lain. – 25 Julai, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related