◉ HEADLINES

DUN mana paling sesuai untuk Baby Shima, ada sarankan dia lawan Altimet

Penyanyi dangdut, Baby Shima terus mengundang teka-teki ramai tentang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mana akan ditandinginya dan parti bakal diwakili

4:19 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Penyanyi dangdut, Baby Shima terus mengundang teka-teki ramai tentang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mana akan ditandinginya dan parti bakal diwakili selepas membuat pengumuman mengejutkan apabila memaklumkan akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) nanti.

Dalam hantaran terbaharu melalui Instagram peribadinya sebentar, penyanyi lagu Pantun Janda dan Pura-Pura Bujang ini telah memuat gambar karikaturnya beserta kenyataan: Undilah Shima X. Tapi DUN mana?

Hantaran tersebut telah menarik perhatian ramai dan ada di antara pengikutnya yang memberikan cadangan untuk dia bertanding di kawasan-kawasan mereka seperti di DUN Limbongan, DUN Bukit Antarabangsa, DUN Pulai, DUN Bukit Bintang, DUN Segamat, DUN Permai Jaya, Johor Bahru, DUN Gong Badak, Pulau Pinang dan sebagainya.

Ada juga yang menyarankan kepada Baby Shima untuk bertanding dan melawan rapper Altimet yang telah pun diisytiharkan sebagai antara 20 calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad telah dicalonkan untuk bertanding di DUN Lembah Jaya.

Namun, ada juga yang menganggap penyertaan Baby Shima di dalam arena politik sebagai tidak layak dan tidak sesuai serta memintanya untuk memberikan fokus kepada bidang seni nyanyian semata-mata.

Tidak kurang juga yang menganggap apa yang dilakukannya itu adalah semata-mata sebagai suatu strategi pemasaran untuk single terbaharunya yang akan dilancarkan tidak lama lagi? – 25 Julai, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related