◉ HEADLINES

Semua Exco Kedah Dipanggil Beri Keterangan Kepada SPRM: Sanusi

Ada Exco yang dah beri keterangan, ada yang belum

9:02 PM MYT

 

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kesemua Exco kerajaan negeri itu diminta memberi keterangan berhubung kes disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata ada dalam kalangan Exco yang telah memberi keterangan masing-masing pada hari ini, sementara selebihnya dijangka akan berbuat demikian, esok.

“Saya pun hairan, pasal tak pernah lagi Exco-Exco, tiap-tiap orang dipanggil untuk mengesahkan minit mesyuarat Exco. Ada Exco yang dah beri keterangan, ada yang belum.

“Saya difahamkan semua akan beri keterangan di Alor Setar. Hari ini ada (yang sudah beri keterangan), esok pun ada, saya lepas itu mungkin (beri keterangan),” katanya pada sidang media di Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah bagi tahun kewangan 2022 dan 2023 di sini hari ini.

Sanusi berkata demikian selepas diminta mengulas sama ada beliau telah dipanggil SPRM untuk dirakam percakapan berhubung kes kecurian unsur nadir bumi (REE) di Kedah.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata sudah memanggil 12 saksi berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa dalam isu kecurian REE di Kedah.

Azam berkata pihaknya juga menjangkakan akan ada lagi saksi dipanggil untuk dirakam percakapan termasuk Sanusi.

Sementara itu, pada sidang media sama Sanusi berkata dia juga akan memberi keterangan kepada polis hari ini, namun tidak pasti ia berkaitan kes apa. – 26 Julai, 2023

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related