◉ HEADLINES

PN tanding semua kerusi di tiga negeri

Bekas menteri, tokoh akademik dan bintang bola sepak antara calon PN yang dipertaruhkan pada PRN ini

8:44 AM MYT

 

KUALA LUMPUR  –  Perikatan Nasional (PN) malam tadi mengumumkan akan bertanding di kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

Di Selangor, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PN bertanding di 56 kerusi dengan Bersatu akan diwakili 21 calon, PAS (17), Gerakan (lapan) serta 10 calon mewakili Bersatu-Bersekutu, iaitu satu daripada sayap Bersatu.

Dua bekas menteri iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Rina Harun antara nama besar yang dipertaruhkan sebagai calon, masing-masing di DUN Hulu Kelang dan DUN Batu Tiga.

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Jamil Salleh pula diumum bertanding di DUN Dengkil sementara anak bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar, Nurul Syazwani dinamakan sebagai calon di DUN Permatang.

Di Kedah, PN mempertaruhkan 23 muka baharu termasuk berlatarbelakangkan akademik dan sukan.

Komposisi calon di Kedah  ialah PAS 21, Bersatu (12) dan Gerakan (tiga).

Antara yang mencuri tumpuan, dua tokoh akademik iaitu bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Profesor Haim Hilman yang dicalonkan di kerusi DUN Jitra dan Profesor Dr Muhammad Suffian Yusoff di DUN Bandar Baharu.

Dua tokoh dalam bidang sukan pula iaitu pemain bola sepak Baddrol Bakhtiar yang mewakili pasukan Kedah sebelum berhijrah ke Sabah FC dicalonkan di Gurun, manakala bekas pemain bola sepak profesional  Radhi Mat Din di kerusi Alor Mengkudu.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pula akan mempertahankan kerusi yang disandangnya sebelum ini iaitu Jeneri.

Di Pulau Pinang, Gerakan mendominasi senarai calon dengan bertanding di 19 kerusi, PAS (tujuh) dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) (tiga), Bersatu (tujuh) dan Bersatu-Bersekutu (empat).   

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Ogos sebagai hari pengundian PRN di Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, manakala tarikh penamaan calon pada Sabtu ini dan pengundian awal pada 8 Ogos. – 27 Julai, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related