◉ HEADLINES

Tanah mendap: laluan kontra menghala KL diaktifkan

Kelewatan pembukaan semula semua laluan di kawasan itu terpaksa dibuat demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya

2:19 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Laluan arah timur yang terjejas akibat kejadian tanah mendap berhampiran Plaza Tol Bentong di Kilometer (KM) 66.1, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak sudah boleh dilalui semua kenderaan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, bagaimanapun arah barat (menghala ke Kuala Lumpur) masih ditutup kepada semua kenderaan.

Menurut beliau, syarikat konsesi sudah mengaktifkan laluan kontra menghala ke ibu negara di kawasan terlibat iaitu di KM67.95 hingga KM65.9, bermula jam 10.15 pagi tadi.

“Justeru, semua kenderaan boleh melalui Lebuhraya KL-Karak untuk ke Kuantan dan Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, kelewatan pembukaan semula semua laluan di kawasan itu terpaksa dibuat demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

“Saya ingin menegaskan, keselamatan pengguna jalan raya adalah keutamaan saya dan kementerian ini,” katanya.

Alexander berkata, beliau sentiasa mengikuti rapat perkembangan kejadian itu selain meminta pegawai, jabatan dan agensi terlibat supaya melaporkan mengenainya dari semasa ke semasa.

“Terima kasih kepada semua pihak terlibat yang bekerja tanpa henti demi memastikan kerja membaik pulih jalan ini dapat disegerakan tanpa menjejaskan kualiti serta mengutamakan aspek keselamatan,” katanya.

Mendapan yang berlaku kira-kira pukul 8.30 malam, kelmarin menyebabkan penutupan kedua-dua arah Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, namun tidak membabitkan kemalangan jiwa.

Kementerian Kerja Raya memaklumkan laporan awal pihak Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) mendapati tanah mendap tersebut diakibatkan daripada runtuhan terowong 2 Rel Pantai Timur (ECRL) yang berada 13 meter di bawah laluan tersebut. – 27 Julai, 2023

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

House arrests been granted before so don’t pull wool over our eyes: Shafee

Datuk Seri Najib Razak's lawyer points to precedent in Kenneth Lee's murder case, provisions in Prisons Act

PDRM FC clear wage arrears, eye strong finish to Super League campaign

After months of financial uncertainty, PDRM FC have settled six months of unpaid salaries, lifting morale within the squad as they look to regroup and end their Super League season on a positive note

◉ Related