◉ HEADLINES

Kadar inflasi mencanak zaman Muhyiddin: Rafizi

Kenaikan 4.8 peratus itu menyebabkan harga barang keperluan harian meningkat hingga 10 peratus setiap bulan

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mendedahkan, kadar inflasi mula mencanak ketika Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, kenaikan 4.8 peratus itu menyebabkan harga barang keperluan harian meningkat hingga 10 peratus setiap bulan.

“Harga bahan makanan yang dimasak lebih meningkat, iaitu hingga 12 ke 13 peratus. Sebab itu, orang mengeluh kenapa (sebagai contoh) harga kopi ais naik.

“Pada zaman bila ia naik? Ia adalah zaman dia (Muhyiddin pimpin PN) saudara dan saudari,” katanya menerusi hantaran video di Facebook hari ini.

Bagaimanapun, Rafizi menegaskan, dengan komitmen dipamerkan Kerajaan Perpaduan, inflasi negara secara keseluruhan berjaya distabilkan hingga 2.4 peratus.

“Itu membuktikan kenaikan harga bahan mentah (di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan) ialah sekitar hanya empat peratus, berbanding zaman PN tahun lepas,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi hantaran berbeza, Rafizi mengecam tindakan kerajaan PN yang sebelum ini hanya membisu dan tidak langsung mencari jalan untuk menaikkan gaji rakyat secara holisitik.

Justeru, Timbalan Presiden PKR itu berkata, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melaksanakan dasar atau model gaji progresif agar mampu mengurangkan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat.

“Saya berani cakap, 33 bulan PN dalam kerajaan, satu patah pun dia tak bercakap pasal gaji rakyat. Dia fikir masa itu adalah semua pasal projek. Ayam tiada, harga barang naik. Oleh itu, sekarang kita sedang usahakan untuk turunkan inflasi.

“Semua ini diwarisi daripada zaman PN, saya fahamlah, dia tak sentuh pasal gaji kerana ia bukanlah perkara mudah,” katanya. – 29 Julai, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

Taib Mahmud: a life of controversies and political intrigue

The diminutive and flamboyant Tun Abdul Taib Mahmud has left an indelible mark on Sarawak and the country, seeing that he was its chief minister for 33 years and later, the governor for nearly a decade.

◉ Related