◉ HEADLINES

Fahmi nafi berkempen di masjid, ‘saya hanya ulas isu kumpulan 1975’

Beliau menjelaskan singgah di sebuah masjid di Kuang untuk solat Zuhur kerana ia paling dekat dengan lokasi program seterusnya

5:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menafikan beliau berkempen di sebuah masjid di Kuang, Selangor, semalam.

Sebaliknya, Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) menjelaskan beliau hanya singgah di masjid tersebut untuk solat Zuhur memandang ia paling dekat dengan lokasi sebuah program yang perlu dihadirinya.

“Alang-alang di situ, saya dijemput oleh kariah masjid untuk ulas sedikit isu Kumpulan 1975. Tiada langsung sentuh isu lain. Jemaah dalam masjid boleh jadi saksi kejadian untuk sahkan.

“Saya ucap terima kasih pada Syafiq Naqman (saksi kejadian) yang muat naik video penerangan yang diberikan oleh saya untuk membidas fitnah tersebut,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Bagaimanapun, Fahmi berkata, malangnya video itu yang berniat untuk menimbulkan persepsi jahat dan fitnah terhadapnya sudah dipadamkan.

“Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita dari fitnah dan pemfitnah ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad sekali lagi mengingatkan ahli politik agar tidak menggunakan masjid atau surau untuk berkempen termasuk mengedar risalah dan poster calon.

Menurutnya, arahan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) melarang perbuatan menggunakan masjid dan surau sebagai medan politik kepartian dan propaganda politik sudah banyak kali dikeluarkan.

“Ahli politik yang didapati menggunakan masjid dan surau di Selangor dengan tujuan yang tidak dibenarkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Mais dianggap menghina, mengingkari serta melanggar titah baginda dan ketetapan Mais serta boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 12 (a) atau (b), Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995,” katanya.

Beliau berkata, pegawai masjid boleh dibatalkan pelantikan oleh Mais jika gagal mematuhi dan menguatkuasakan larangan ditetapkan berdasarkan Peraturan 7 (f) Peraturan-Peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) 2017.

“Semua edaran Titah Sultan Selangor dan arahan Mais yang dikeluarkan oleh Jais berkaitan perkara ini kepada seluruh pentadbir masjid dan surau di Selangor hendaklah dirujuk,” katanya. – 31 Julai, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related