◉ HEADLINES

Manifesto PH-BN Negeri Sembilan dimuktamadkan seminggu ini: Aminuddin

Gabungan PH-BN di Negeri Sembilan mahu memastikan manifesto berkenaan menjadi tarikan terbaik untuk rakyat di negeri itu

10:15 PM MYT

 

SEREMBAN – Manisfesto Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) akan dimuktamadkan dalam seminggu ini, kata Pengerusi PH negeri Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata gabungan PH-BN di Negeri Sembilan mahu memastikan manifesto berkenaan menjadi tarikan terbaik untuk rakyat di negeri itu.

“Manifesto dalam draf akhir,  ia telah dikemukakan oleh PH dan BN, kita akan lihat kebersamaan yang boleh dibawa…kita sedia maklum ini kali pertama PH-BN bergabung dalam pilihan raya.

“Kalau ikutkan, kedua-dua parti sudah siap, manifesto pasti dapat dilaksanakan. Manifesto dibuat bukan untuk menarik pengundi, (tetapi) selepas itu tidak dilaksanakan. Paling penting ia dilaksanakan dan beri nilai tambah kepada penduduk,” katanya kepada pemberita selepas bertemu penduduk di pasar raya sekitar Sikamat di sini hari ini.

Pada PRN kali ini, Aminuddin yang merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, berdepan pertandingan empat penjuru dengan Ahmad Raihan Muhamad Hilal daripada Perikatan Nasional (PN) serta dua calon Bebas iaitu Bujang Abu dan Mohammed Hafiz Baharudin.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRN di Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor, Terengganu dan Kelantan serta Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 12 Ogos dan pengundian awal 8 Ogos. 

Dalam pada itu, beliau menasihatkan semua calon supaya turut memberi perhatian kepada kesihatan masing-masing dengan mendapat rehat secukupnya walaupun kini dalam tempoh berkempen.

Semalam, calon BN bagi kerusi DUN Jeram Padang Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir dilaporkan patah kaki kiri selepas terlibat dalam kemalangan bersama pembantunya ketika dalam perjalanan dari Bahau ke Palong melalui Jalan Pasir Besar kira-kira 3 pagi. – 1 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related