◉ HEADLINES

Firma gergasi AS setuju beli TikTok: Trump

Trump berkata, pemilikan akan berpindah daripada syarikat induknya di China, ByteDance, kepada entiti baharu yang dikawal pelabur AS

9:44 AM MYT

 

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan sekumpulan syarikat gergasi di negara itu sudah mencapai persetujuan untuk membeli platform media sosial TikTok.

Menurut laporan Anadolu Ajansi, Trump masih belum memperincikan kumpulan syarikat yang bakal membeli aplikasi itu yang sekali gus menandakan kejayaan besar dalam rundingan yang berlarutan hampir setahun.

Beliau berkata, perjanjian itu bakal memastikan aplikasi berkenaan terus beroperasi dengan pemilikan berpindah daripada syarikat induknya di China, ByteDance, kepada entiti baharu yang dikawal oleh pelabur AS.

“Kami sudah mempunyai perjanjian untuk TikTok, sekumpulan syarikat besar mahu membelinya,” katanya dalam sidang media di Rumah Putih sebelum berlepas ke United Kingdom.

Pengumuman itu dibuat menjelang tarikh akhir, 17 September yang ditetapkan kerajaan untuk ByteDance menjual atau menutup operasi TikTok di AS.

Namun, Rumah Putih melanjutkan tarikh akhir itu hingga 16 Disember bagi memberi masa tambahan memuktamadkan urusan pelupusan.

Menurut laporan Wall Street Journal, entiti baharu itu akan dikawal oleh lembaga pengarah yang didominasi rakyat AS termasuk seorang ahli yang dilantik kerajaan.

TikTok yang mempunyai 170 juta pengguna di AS sebelum ini dianggap berisiko kepada keselamatan negara kerana data pengguna berpotensi diakses pemerintah China.

Atas kebimbangan itu, Kongres meluluskan undang-undang pada 2024 yang mewajibkan pelupusan aplikasi tersebut.

Trump bagaimanapun menolak gesaan untuk menutup aplikasi berkenaan secara drastik kerana bimbang menimbulkan kemarahan pengguna.

Beliau turut mengakui platform itu telah membantunya meraih sokongan dalam Pilihan Raya Presiden lalu, di mana akaun peribadinya mempunyai 15 juta pengikut. – 17 September, 2025

Topics

 

◉ Popular

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related