◉ HEADLINES

KWSP belum putuskan tawaran Sunway terhadap IJM Corp

KWSP belum membuat keputusan kerana masih menunggu laporan daripada penasihat bebas yang akan dikeluarkan sebelum 16 Mac

5:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), salah satu pemegang saham terbesar dalam IJM Corp Bhd, masih belum membuat keputusan berhubung cadangan pengambilalihan sukarela oleh Sunway Bhd terhadap IJM.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn, KWSP sedang menunggu laporan daripada penasihat bebas yang dijangka dikeluarkan menjelang 16 Mac, sebelum membuat sebarang keputusan.

“Berhubung tawaran daripada Sunway ke atas IJM Corp, kami masih belum membuat keputusan kerana kami menunggu laporan daripada penasihat bebas yang akan dikeluarkan sebelum 16 Mac.

“Kemudian kami akan melalui proses tadbir urus yang diperlukan dalam membuat keputusan.

“Selepas menerima pekeliling tersebut, kami akan melalui proses dalaman kami untuk menentukan sama ada mahu menerima tawaran itu atau tidak,” katanya pada Taklimat Dividen KWSP 2025 di Menara KWSP, Kwasa Damansara di sini hari ini.

Pada 12 Januari lepas, Sunway mencadangkan tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat untuk membeli keseluruhan 3.51 bilion saham IJM Corp Bhd pada harga tawaran RM3.15 sesaham, dengan nilai keseluruhan kira-kira RM11 bilion.

Cadangan tawaran itu dijangka dimuktamadkan pada suku ketiga 2026. – 28 Februari, 2026

Topics

 

◉ Popular

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related