◉ HEADLINES

Petronas kini pengimport bersih bahan api: Anwar

Bekalan bagi April dan Mei mencukupi, namun bagi Jun masih belum pasti, kata Anwar

8:42 PM MYT

 

IPOH – Syarikat minyak negara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kini berstatus pengimport bersih (net importer) bahan api dan bukan lagi pengeksport seperti yang difahami sebelum ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata keadaan itu menjelaskan mengapa Malaysia masih terdedah kepada tekanan bekalan tenaga global, meskipun merupakan negara pengeluar minyak.

“Petronas kini pengimport bersih, kita perlu membeli minyak. Bekalan bagi April dan Mei mencukupi, namun bagi Jun masih belum pasti,” kata beliau ketika merasmikan Program MADANI Rakyat 2026 Perak di sini hari ini.

Anwar berkata demikian bagi menjawab tanggapan bahawa Malaysia tidak sepatutnya berdepan krisis minyak berikutan konflik di Asia Barat.

Perdana Menteri berkata situasi itu memerlukan semua pihak untuk memahami realiti semasa serta bekerjasama mencari penyelesaian bagi memastikan kestabilan bekalan tenaga negara. – 4 April, 2026

Topics

 

◉ Popular

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related