◉ HEADLINES

NUJM bidas tindakan menteri ugut wartawan untuk hubungi Ketua Pengarang

Setiausaha Agung NUJM berkata persoalan dibangkit seorang wartawan mengenai penggunaan bahasa dalam acara rasmi bukan bentuk provokasi

9:31 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM), mengecam tindakan seorang menteri yang didakwa mengugut wartawan selepas bertanya mengenai penggunaan bahasa Inggeris untuk tema pelancongan dalam satu acara rasmi.

Setiausaha Agungnya, Teh Athira Mohamed Yusof, berkata tindakan menteri itu bukan sahaja tidak wajar, malah cubaan menakut-nakutkan serta menekan kebebasan media di Malaysia.

“Diingatkan, wartawan berkenaan telah melaksanakan tugasnya secara profesional iaitu mengemukakan soalan secara sopan dan teratur pada sidang akhbar rasmi dan langkah ini selari dengan prinsip kewartawanan beretika.

“Difahamkan, wartawan itu sekadar bertanya soalan mengenai penggunaan bahasa Melayu dan tiada sebarang provokasi cuba dilakukan sama ada untuk menggugat isu kepentingan atau ketenteraman negara,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, seorang menteri wajar menghormati peranan media sebagai penyampai maklumat dan suara rakyat, bukannya memperlekeh atau memberi tekanan kepada wartawan hanya kerana soalan dikemukakan adalah tidak selesa untuk dijawab.

“Justeru, adalah tidak sepatutnya seorang menteri melayan seorang wartawan yang sememangnya mempunyai tanggungjawab dan ditugaskan oleh agensi berita,” katanya.

Teh Athira berkara, kenyataan menteri yang mahu menghubungi Ketua Pengarang, menghantar mesej salah dan bahaya, seolah-olah memberi isyarat wartawan patut dihukum hanya kerana melaksanakan tugas dengan jujur dan bertanggungjawab.

“Ini adalah satu bentuk intimidasi yang tidak boleh dan tidak seharusnya diterima sama sekali.”

Walau kenyataan itu tidak memetik sebarang nama, ia dipercayai merujuk Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berhubung insiden pada prapelancaran projek ‘I Lite U’, yang diadakan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Difahamkan pada majlis itu, seorang wartawan dari akhbar Utusan Malaysia bertanya mengapa tema projek itu menggunakan bahasa Inggeris.

Nga menjelaskan ia merupakan acara pelancongan, penggunaan bahasa Inggeris lebih sesuai bagi menarik pelancong antarabangsa.

Apa yang mengejutkan, Nga kemudian memberitahu wartawan berkenaan, beliau akan menghubungi Ketua Pengarang akhbar itu berhubung soalan diajukan.

“Saya tidak mahu awak datang ke sini dan menimbulkan perkara yang boleh merosakkan keseluruhan majlis. Saya akan hubungi ketua pengarang awak,” ujar Nga. – 31 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Popular

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Berocca tablets’ expiration stickers unrelated to product safety, quality, says Bayer Malaysia

The new expiration date stickers observed on selected batches of Berocca Orange Flavour Effervescent Tablets are not related to any concerns over product safety or quality, said Bayer Co (Malaysia) Sdn Bhd.

◉ Related