◉ HEADLINES

SKMM harus berhenti daripada bertindak sebagai ‘big brother’ – wartawan veteran

Alam media sosial yang tidak terkawal boleh difahami sebagai masalah. Kami mengakui bahawa maklumat salah dan berita palsu (fake news) sudah sampai pada tahap krisis

12:26 AM MYT

 

Kami sama sekali tidak bersetuju dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang kebelakangan ini bertindak seolah-olah sebagai “Big Brother” (Abang Besar) dengan sewenang-wenangnya menyekat kandungan dalam talian.

Kami bimbang sejak akhir-akhir ini pengamal media telah dipanggil oleh SKMM untuk memberi penjelasan mengenai kandungan yang mereka bawa menerusi portal berita dan laman dalam talian mereka.

Apa yang lebih membimbangkan adalah kebanyakan kandungan yang dilabelkan sebagai “menyinggung” itu hanyalah laporan dan pendapat yang dianggap kritikal terhadap kerajaan.

Kami sama sekali tidak dapat menerima sebarang percubaan untuk menggunakan agensi kerajaan seperti SKMM untuk menyoal, menapis atau menyekat portal dan kandungan berita dalam talian.

Kita telah melihat bagaimana kerajaan-kerajaan terdahulu, walaupun hanya kerana aduan kecil daripada orang ramai atau pihak elit pemerintah, telah diambil tindakan dengan pantas walaupun tindakan seumpama itu tidak perlu sama sekali.

Kerajaan pada hari ini dipilih  atas janji untuk membolehkan pengaliran maklumat yang bebas dan untuk menjamin kebebasan media.

Aduan daripada para pengamal media bahawa laman web mereka telah disekat semakin meningkat. Ia adalah trend tidak sihat yang mesti dihentikan serta merta.

Kami percaya bahawa badan pengawal selia terbabit mempunyai keutamaan yang lain, dan oleh itu, menyekat laman web bukanlah salah satu daripadanya.

Walaupun kami memahami Internet telah menjadi pencetus  kebencian dan penyebat maklumat yang salah  namun kami percaya pengamal media adalah individu yang berdisiplin dipandu oleh profesionalisme dan etika.

Alam media sosial yang tidak terkawal boleh difahami sebagai masalah. Kami mengakui bahawa maklumat salah dan berita palsu (fake news) sudah sampai pada tahap krisis.

Bagaimanapun kami juga percaya peranan yang harus dimainkan oleh media bebas di negara ini. Kerajaan mesti memastikan ekosistem yang betul dan persekitaran yang kondusif untuk pengamal media bekerja tanpa rasa takut dan pilih kasih. – 30 Ogos, 2023

Kenyataan bersama ini ditandatangani oleh wartawan veteran Tan Sri Johan Jaaffar (Tokoh Wartawan Negara), Datuk A Kadir Jasin (bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times), Datuk Hussamuddin Yaacob (pengasas kumpulan Karangkraf), Datuk Seri Azman Ujang (bekas pengerusi Bernama), Datuk Chamil Wariya (Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Yong Soo Heong (bekas ketua pengarang Bernama), Datuk Zakaria Wahab (bekas ketua pengarang Bernama) and Dr G Manimaran (bekas wartawan dan penganalisis pilihan raya).

Topics

 

◉ Popular

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related