◉ HEADLINES

Tiada lagi tol percuma: logik Madani tak tercapai akal – T. Vignesh

Perjalanan tanpa tol di lebuh raya semasa musim perayaan adalah tanda kerajaan prihatin, jadi kenapa hentikan?

9:00 AM MYT

 

LANGKAH Kerajaan Madani untuk memansuhkan tol percuma pada musim perayaan seminggu sebelum sambutan Tahun Baru Cina, tanpa penjelasan atau rancangan yang sewajarnya membuatkan ramai tertanya-tanya sama ada mereka (kerajaan) serius untuk mentadbir negara selepas 2027.

Keputusan mendadak memansuhkan tol percuma tanpa rancangan yang jelas, kepada pengguna boleh dilihat sebagai pendek akal. 

Pemansuhan tol percuma semasa musim perayaan mungkin tidak kelihatan seperti penjimatan tetapi ia adalah simbolik kepada kerajaan yang prihatin dan menambah keceriaan ketika perayaan. 

Namun, keputusan awal ini menunjukkan kurangnya pertimbangan terhadap kesan pemansuhan kepada orang ramai, terutama semasa tempoh perayaan yang memperlihatkan peningkatan kenderaan.

Mereka yang mempunyai bajet yang ketat terpaksa juga menggunakan jalan utama dengan kemungkinan peningkatan kesesakan lalu lintas dan kelewatan.

Perniagaan yang bergantung kepada aliran trafik seperti restoran dan kedai yang terletak berhampiran jalan tol, boleh mengalami penurunan pendapatan disebabkan trafik yang berkurang.

Keputusan ini boleh terus menghakis kepercayaan orang ramai terhadap kerajaan, terutama jika ia dilihat sebagai tergesa-gesa, kurang dirancang dan tidak sensitif. 

Apa yang melucukan ialah ada sesetengah mereka yang berada di dalam Kerajaan Madani, pernah menjadi pembangkang dan berjanji untuk memansuhkan tol jika diberi mandat membentuk kerajaan.

Menariknya, tiada siapa yang membangkitkan perkara itu sekarang, sama seperti tiada siapa yang bercakap tentang janji mereka untuk memansuhkan pinjaman PTPTN.

Apakah rasional kerajaan dalam memansuhkan tol percuma?

Timbalan Perdana Menteri  Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberikan jawapan yang mengelirukan: “Tol percuma semasa musim perayaan tidak akan menyelesaikan kesesakan di lebuh raya.”

Apa yang penting, kata Zahid ialah pengguna jalan raya mengubah sikap dan merancang perjalanan apabila tiba musim perayaan.

Zahid berkata jumlah gantian dalam bentuk pampasan oleh kerajaan kepada pemegang konsesi tol itu melebihi RM35 juta sehari.

Kerajaan merasakan kesannya akibat pemberian yang bersifat murah hati ini tetapi ia menimbulkan persoalan mengenai kerajaan yang prihatin. 

Kita masih mencari syiling di bawah sofa selepas dua tahun, bukannya melaksanakan rancangan yang lebih komprehensif untuk memelihara perbendaharaan negara. – 23 Januari, 2025

T. Vignesh adalah pengarang eksekutif di Scoop.

Topics

 

◉ Popular

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related