◉ HEADLINES

Guru sebagai aktivis masyarakat – Saifuddin Abdullah

Para pendidik mampu menentukan nasib dan hala tuju bangsa dan negaranya, bukan sahaja dalam pendidikan, tetapi dalam seluruh kehidupan

9:58 AM MYT

 

KESELURUHAN proses pembinaan bangsa mesti dilaksanakan secara bersepadu. Tidak memadai sekadar pendidikan bersepadu sahaja. Ia memerlukan pembangunan semua bidang, termasuk politik, yang juga bersepadu. Di sini, saya memfokus kepada tiga perkara, iaitu reformasi pendidikan, meningkatkan martabat guru dan guru sebagai aktivis masyarakat.  

Cadangan Reformasi Pendidikan (CRP)

Perikatan Nasional (PN) telah menyiapkan CRP pada Mac 2024. Matlamatnya ialah Memperkasa Negara Berteraskan Ilmu, iaitu penghayatan Budaya Ilmu dan melahirkan “insan baik”, bukannya sekadar “pekerja baik”.  

Ia meliputi falsafah, dasar, undang-undang, ekosistem, kurikulum, TVET, sumber manusia, mutu dan penghakupayaan pensyarah/guru dan pelajar, teknologi digital, perpaduan, pengantarabangsaan, peranan ibu bapa dan alumni, kerjasama semua pemegang taruh, kewangan dan kemahiran modal insan yang benar-benar memenuhi keperluan negara. 

Kerangka CRP meliputi lima komponen, iaitu

1) falsafah dan dasar
2) aliran, sistem, kurikulum dan kokurikulum
3) sumber manusia
4) penghakupayaan dan kebolehpasaran pelajar
5) perundangan dan governans. 

Menurut Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Perikatan Nasional telah menyiapkan CRP pada Mac 2024 dengan matlamat Memperkasa Negara Berteraskan Ilmu, iaitu melalui penghayatan Budaya Ilmu dan usaha melahirkan ‘insan baik’, bukan sekadar ‘pekerja baik’. – Gambar Bernama, 1 Jun, 2025

Meningkat Martabat Guru

Kerajaan perlu melibatkan guru-guru secara bermakna (dari segi penghakupayaan, perwakilan dan perundingan) dalam struktur dan proses membuat keputusan (sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, KPM), termasuk dalam perancangan, pelaksanaan dan penilaian reformasi pendidikan. 

Dalam hal ini, CRP menekankan peri pentingnya perkara-perkara berikut: 

1) Melahirkan guru-guru pakar bidang (subject matter experts), dalam pelbagai bidang yang bertaraf antarabangsa.
2) Memperbanyakkan jumlah dana penyelidikan dalam bidang perguruan.
3) Meningkatkan mutu, skim perkhidmatan dan penghakupayaan guru, termasuk menangani isu guru-guru yang bersara awal.
4) Meringankan beban tugas guru dengan menambah jumlah guru pembantu dan kerani. 

Guru Sebagai Aktivis Masyarakat

Sejarah orang Melayu moden, termasuk politik dan gerakan menuntut kemerdekaan, telah ditandai dengan peranan dan sumbangan amat besar  guru-guru Melayu. Terdapat guru menjuarai gerakan pendidikan, bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Terdapat guru yang aktif dalam parti-parti politik Melayu. 

Baru-baru ini, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyatakan negara memerlukan reset politik yang baru, iaitu mengambil teladan daripada reset politik besar pada 1970. Beliau mencadangkan Konsensus Nasional Baru.  

Dalam hal ini, guru-guru Melayu perlu meneruskan kesinambungan peranannya sebagai aktivis masyarakat. Guru harus berperanan sebagai pencetus idea, tempat rujukan masyarakat, intelektual awam, advokasi serta penggerak dan pemimpin masyarakat, termasuk dalam politik Melayu.  

Dalam sejarah parti-parti politik Melayu, guru-guru memainkan peranan amat mustahak, iaitu dalam kepimpinan dan pengurusan. Sehingga parti tertentu mencapai zaman kemuncaknya dan orang Melayu meraih manfaatnya. 

Dulu, dengan peranan besar guru-guru, ia dikenali sebagai “parti berjuang”. Tetapi, kini, apabila peranan guru-guru berkurangan, ia dikenali sebagai “parti berwang”. 

Guru-guru Melayu mampu menentukan nasib dan hala tuju bangsa dan negaranya, bukan sahaja dalam pendidikan, tetapi dalam seluruh kehidupan. – 1 Jun, 2025   

Datuk Seri Saifuddin Abdullah ialah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Ketua Portfolio Pendidikan PN dan Ketua Biro Pendidikan Bersatu

Topics

 

◉ Popular

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

[WATCH] Roblox, PS5, and online games not included in Malaysia’s under-16 social media restrictions: Teo Nie Ching

Deputy Communications Minister says phased Online Safety Act targets major social media platforms first, highlights govt’s measured rollout and parental responsibility in online safety

AFC confident ACLE fixtures will be completed despite regional disruptions

The Asian Football Confederation is closely monitoring scheduling challenges caused by regional conflicts but remains confident that all AFC Champions League Elite fixtures will be completed, with only match dates likely to change while the final venue in Jeddah stays the same

◉ Related