◉ HEADLINES

Jurang kepimpinan kian parah bila menteri elak media: penganalisis

Dr. G Manimaran melihat krisis komunikasi sebagai punca imej kepimpinan politik gagal menonjol menjelang PRN Johor dan Negeri Sembilan

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Ramai dalam kalangan menteri semakin hilang dari radar kerana takut berdepan media, menjadikan kepimpinan politik kurang “visible” dan sukar diingati rakyat.

Penganalisis pilihan raya veteran Dr. G Manimaran menegaskan bahawa komunikasi kepimpinan semakin lemah apabila menteri menganggap media sebagai musuh, bukan sebagai jambatan kepada rakyat.

Beliau memberi amaran bahawa krisis komunikasi ini boleh membawa kesan besar menjelang PRN Johor pada 11 Julai dan PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos, di mana keterlihatan kepimpinan akan diuji.

“Dulu kita boleh ingat nama menteri‑menteri kerana mereka kerap muncul di media. Sekarang ramai takut jumpa wartawan, kurang acara, kurang liputan. Akhirnya wajah mereka tidak lekat di minda rakyat,” katanya dalam wawancara eksklusif di podcast Scoop Insight kendalian Habibah Omar dan Suzan Ahmad.

dalam wawancara eksklusif di podcast Scoop Insight kendalian Habibah Omar dan Suzan Ahmad. – Gambar Scoop, 24 Jun, 2026

Penulis buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang, Tadbir itu menambah bahawa masalah ini berpunca daripada jurang kepimpinan dan kurangnya pelapis politik yang berani berkomunikasi secara terbuka.

“Media sepatutnya membantu mempromosikan pemimpin, bukan dihindari. Bila komunikasi tersekat, imej kepimpinan pun hilang,” tegasnya.

Beliau menekankan bahawa rakyat semakin keliru dengan tawaran politik.

“Kalau pemimpin tidak ‘visible’, rakyat tidak tahu siapa yang benar‑benar mewakili mereka. Fungsi wakil rakyat jadi kabur.”

Manimaran turut menekankan bahawa parti politik perlu melahirkan generasi pemimpin baharu yang berani berdepan media dan mampu menjelaskan isu asas rakyat seperti kos sara hidup, peluang pekerjaan dan kualiti hidup.

“Kalau kita kembali kepada asas, wakil rakyat mesti menyelesaikan masalah rakyat. Media adalah jambatan penting untuk menyampaikan mesej itu. Tanpa komunikasi, kepimpinan akan terus tenggelam,” katanya.

PRN Johor dan Negeri Sembilan dijangka menjadi medan penting untuk menguji kekuatan gabungan politik utama, dengan isu ekonomi, kos hidup dan keterlihatan kepimpinan mendominasi kempen. — 24 Jun, 2026

Topics

 

◉ Popular

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

What if we die? Serdang Hospital heart patients see angiograms delayed one year

The hospital’s cardiology department is constantly at overcapacity, with resources pushed to the limits, and patients suffering

TMJ calls for real evidence, not theory, in Malaysian football crisis

The Johor Regent urges a focus on facts and legal actions to address the ongoing heritage player controversy

◉ Related