◉ HEADLINES

Iklan Hari Merdeka yang ikonik dan diingati sehingga hari Ini

Tidak lengkap sambutan hari kemerdekaan negara kita andai tidak dihiasi dengan iklan-iklan yang membawa mesej perpaduan dan menyentuh hati

3:36 PM MYT

 

Menjelang Hari Merdeka, selalunya kaca televisyen tempatan akan dihiasi dengan iklan-iklan yang memaparkan mengenai kasih sayang dan persefahaman antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Ia akan disiarkan sepanjang bulan kemerdekaan negara iaitu bulan Ogos.

Petronas antara jenama yang sering ‘menghadiahkan’ iklan-iklan menarik dan diingati sepanjang zaman. Iklan yang diterbitkan Petronas sentiasa menjentik hati masyarakat Malaysia kerana sering menampilkan pelakon daripada pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat selain sarat dengan elemen menyentuh perasaan dan mencuit hati.

Kebanyakan iklan Petronas sebelum ini telah diarahkan pengarah hebat, Allahyarham Yasmin Ahmad yang cukup terkenal dengan sentuhannya yang jujur dan bersahaja.

Scoop senaraikan lima iklan merdeka Petronas yang paling diingati dan ikonik.

One Little Indian Boy

Iklan ini telah diterbitkan pada 1996-1997 di mana ia menceritakan tentang pengalaman seorang budak lelaki berbangsa India bersama bapanya ketika kecil, sewaktu menghadiri pengumuman hari kemerdekaan negara yang pertama.

Ia berkisarkan kepada kisah kasih seorang bapa demi membawa anaknya menyaksikan detik bersejarah negara dan iklan ini begitu menyentuh hati.

Boat Race
Antara iklan yang mencuit hati ramai. Iklan yang diterbitkan pada 1999 ini mengisahkan dua kumpulan pelajar yang menyertai pertandingan lumba perahu. Satu kumpulan terdiri daripada abang-abang ‘sado’ manakala satu lagi hanyalah pelajar biasa.

Kemenangan akhirnya berpihak kepada kumpulan pelajar tersebut yang bersatu hati meskipun pada mulanya mereka hampir tewas.

Param’s Bicycle
Pada tahun 2003, Petronas telah menerbitkan iklan sempena hari kemerdekaan yang menceritakan tentang perbezaan anak-anak zaman kini dan dahulu. Kisahnya bermula apabila dua sahabat lama bertemu di sebuah hospital.

Kemudian mereka terkenang kisah sewaktu kecil di mana tiga sekawan yang terdiri daripada budak Melayu, Cina dan India bersahabat baik. Mereka pernah disengat tebuan dan melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai.

Namun, salah seorang sahabat mereka iaitu Param telah meninggal dunia.

Special Shoes
Iklan yang diterbitkan pada 2005 ini mengisahkan seorang budak lelaki yang ingin membeli kasut bola idamannya, namun bapanya tidak berkemampuan. Kemudian dia bertemu dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai sebelah kaki yang menceritakan tentang pengalamannya sewaktu membesar sebagai OKU dan akhirnya menjadi individu yang berjaya walaupun terpaksa memakai kaki palsu.

Tan Hong Ming Dilamun Cinta
Ia adalah antara iklan hari kemerdekaan paling ikonik pernah diterbitkan Petronas.

Iklan ini mencuri perhatian seluruh rakyat Malaysia pada tahun 2007 dan masih diingati sehingga hari ini.

Ia mengisahkan perbualan seorang budak sekolah rendah bernama Tan Hong Ming yang jatuh cinta dengan seorang budak melayu bernama Umi Khazrina. Telatah lucu dan comel Tan Hong Ming berjaya memikat hati ramai. – 29 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Popular

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

What does AGC say about withdrawing police reports? – Hafiz Hassan 

According to its e-Participation Policy portal, complainant may submit an application so no action taken on lodged report but decision lies with public prosecutor

◉ Related