◉ HEADLINES

‘Kenapa Paris Hilton hanya lancarkan wangiannya di Sogo’? – Netizen

Paris dijadual tiba di pusat membeli-belah itu untuk mempromosikan Ruby Rush pada 13 September ini

2:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Berita model, artis dan usahawan terkemuka Amerika Syarikat (AS), Paris Hilton akan menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur September ini, nyata menjadi khabar gembira dan mengujakan peminatnya di negara ini.

Kehadiran pewaris empayar perniagaan Hilton itu, dikhabarkan bagi mempromosikan produk wangian terbaharunya, Ruby Rush, seperti dilaporkan World of Buzz.

Netizen mempersoalkan mengapa selebriti ternama mempunyai 24.5 juta pengikut di Instagram itu, mempromosikan produk wangiannya hanya di situ walaupun turut terdapat beberapa pusat membeli-belah lain. – Gambar media sosial, 30 Ogos, 2023

Namun, di sebalik keterujaan itu, timbul kata-kata kurang enak didengar apabila netizen mempertikaikan mengenai lokasi bakal dikunjungi penyanyi lagu Stars Are Blind terbabit untuk acara berkenaan pada 13 September ini, iaitu Sogo Kuala Lumpur.

Mereka mempersoalkan mengapa selebriti ternama mempunyai 24.5 juta pengikut di Instagram itu, mempromosikan produk wangiannya hanya di situ walaupun turut terdapat beberapa pusat membeli-belah lain.

“Kenapa Sogo bukan pusat membeli-belah lain?” komen @zaaizham

“Sebab apa hanya di Sogo?,” ujar seorang pengguna.

“Tiada tempat lain juga ke nanti Paris akan pergi,” tulis netizen lain.

“Di antara banyak mall (pusat membeli-belah) di Kuala Lumpur, kenapa Sogo?” soal seorang netizen.

Paris sendiri nampak teruja untuk datang ke Malaysia apabila mengumumkan berita berkenaan melalui laman X (terdahulu dikenali Twitter). – Gambar media sosial, 30 Ogos, 2023

Sementara itu, ada netizen mengkritik poster memaklumkan kedatangan Paris dengan mendakwa ia kurang menarik dan menyatakan tidak berminat bertemu selebriti terbabit, manakala segelintir berharap kehadirannya tidak mendapat campur tangan pihak tertentu atau dijadikan isu.

“Makcik saya boleh membuat suntingan lebih baik daripada ini (poster),” kata seorang pengguna.

“Tidak mahu datang jumpa dia kerana Kuala Lumpur sesak dan dia sangat overrated (berlebihan),” ujar @memelin2020.

“Saya harap tidak akan ada manusia dalam kalangan mana-mana pihak atau parti politik, membuat kekecohan mengenai kedatangannya ke negara ini,”. komen seorang pengguna.

Apapun, Paris sendiri nampak teruja untuk datang ke Malaysia apabila mengumumkan berita berkenaan melalui laman X (terdahulu dikenali Twitter). – 30 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Popular

[WATCH] Roblox, PS5, and online games not included in Malaysia’s under-16 social media restrictions: Teo Nie Ching

Deputy Communications Minister says phased Online Safety Act targets major social media platforms first, highlights govt’s measured rollout and parental responsibility in online safety

AFC confident ACLE fixtures will be completed despite regional disruptions

The Asian Football Confederation is closely monitoring scheduling challenges caused by regional conflicts but remains confident that all AFC Champions League Elite fixtures will be completed, with only match dates likely to change while the final venue in Jeddah stays the same

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

◉ Related