◉ HEADLINES

Ahirine padam gambar kontroversi selepas Aedy Ashraf ‘bengang’?

Kontroversi tercetus apabila segelintir netizen beranggapan aksi mereka dalam gambar tersebut agak keterlaluan

6:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon wanita sedang meningkat naik, Ahirine Ahiruddin memadam gambar kontroversi dalam babak filem Tebus selepas Aedy Ashraf meluahkan rasa kurang senang mengenai perkara itu.

Gambar yang memperlihatkan aksi mesra kedua-dua pelakon itu digunakan Ahirine untuk mempromosikan filem Tebus yang menggandingkan mereka berdua sebagai teraju utama untuk tayangan di platform, Amazon Prime.

Kontroversi tercetus apabila segelintir netizen beranggapan aksi mereka dalam gambar tersebut agak keterlaluan.

Malah, netizen turut mempersoalkan tindakan mereka melakukan aksi sedemikian sedangkan Aedy sudah pun diketahui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan aktres, Amelia Handerson.

Aedy pula menerusi perkongsian di Instagramnya memaklumkan dia tidak pernah memberi kebenaran gambar kontroversi tersebut dimuat naik dalam mana-mana platform media sosial.

Kecewa dengan perkara itu, Aedy berkata, dia juga tidak pernah bersetuju gambar tersebut disiarkan untuk mempromosikan filem berkenaan.

“Ia sebuah filem hebat yang saya benar-benar percaya. Saya meletakkan begitu banyak tenaga, masa dan usaha untuk memastikan filem itu hebat untuk peminat.

“Saya enggan membiarkan semuanya mati sia-sia untuk aksi publisiti. Apa yang saya lakukan adalah demi keluarga dan peminat,” katanya. – 2 September, 2023

Topics

 

◉ Popular

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related