◉ HEADLINES

5 artis Korea ini berkahwin dengan pasangan bukan selebriti, siapa mereka?

Tidak semua artis Korea memilih pasangan selebriti sebagai pasangan hidup. Ada juga yang lebih senang memperisterikan atau bersuamikan orang biasa

2:33 PM MYT

 

Tidak semua artis Korea memilih pasangan selebriti sebagai pasangan hidup. Ada juga yang lebih senang memperisterikan atau mempersuamikan orang biasa.

Namun, sebagai idola yang menjadi tumpuan ramai, ada yang tidak merahsiakan hubungan mereka dan ada pula yang bijak menyembunyikan status hubungan mereka kepada peminat sehinggalah pada hari perkahwinan.

Siapakah mereka? Scoop senaraikan lima artis Korea yang berkahwin dengan pasangan bukan selebriti seperti yang dipaparkan Koreaboo.

Chen – Exo
Pernah mengecapi kemasyhuran dalam tempoh yang singkat, Chen yang menganggotai EXO telah mengumumkan bahawa dia sudah pun mendirikan rumahtangga dengan kekasih bukan selebritinya secara rahsia pada 2020.

Chen dan isterinya memiliki dua anak. Seorang dilahirkan pada 2020 dan seorang lagi pada 2022.

Shin Joo Ah
Aktres ini mengahwini ahli perniagaan dari Thailand, Sarawut Rachnakul pada 2014. Di sebalik kontroversi yang tercetus di ambang perkahwinan mereka dan motif di sebalik hubungan mereka, pasangan ini nampaknya berjaya menjalani kehidupan yang sukses dan serba mewah di Thailand.

Bada – S.E.S
Bada adalah anggota terakhir daripada generasi pertama kumpulan wanita ikonik, S.E.S yang menamatkan zaman bujangnya. Apa yang diketahui mengenai suaminya yang bukan selebriti itu adalah dia seorang ahli perniagaan dalam bidang makanan.

Suaminya juga berusia 10 tahun lebih muda dan dikatakan mempunyai iras wajah pelakon kacak, Park Bo Gum. Mereka menimang cahaya mata perempuan pada 2020.

Park Eunji – Nine Muses
Selepas empat tahun meninggalkan kumpulannya, Nine Muses, Park Eunji telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan teman lelakinya yang bukan selebriti pada 2018.

Pasangan ini telah mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup, namun Park Eunji melalui Instagramnya telah berkongsi momen-momen indah itu kepada peminatnya.

Shim Changmin – TVXQ
Tahun 2020 menyaksikan ramai selebriti yang mendirikan rumahtangga. Tidak terkecuali Shim Changmin daripada TVXQ apabila dia mengahwini teman wanitanya yang bukan selebriti pada Oktober tahun tersebut.

Sebelum itu, Shim Changmin telah mengumumkan pertunangannya pada awal Jun. Kini, Shim Changmin dan isterinya telah pun membina keluarga mereka dan dikurniakan seorang cahaya mata pada 2022. – 3 September, 2023

Topics

 

◉ Popular

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related