◉ HEADLINES

Kami sudah lama menyimpan impian untuk berkolaborasi dengan Ella: Radja

Radja juga mengakui mereka sangat rindu untuk kembali ke Malaysia dan beraksi di hadapan peminat mereka

2:06 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Kumpulan muzik dari Indonesia, Radja mengakui mereka sudah lama menyimpan hasrat dan impian untuk berkolaborasi dengan Ratu Rock negara, Ella.

Namun, band muzik yang dianggotai Ian Kasela (vokalis), Moldy Kusnadi (gitar) dan Seno Aji (dram) ini tidak menyangka bahawa impian mereka itu akhirnya dapat direalisasikan menerusi Live In Concert: Radja & Special Appearance Ella (Jujur Takkan Melupakanmu).

Dianjurkan Orange International Entertainment, konsert tersebut bakal diadakan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 12 November 2023 ini, bermula jam 8.30 malam.

“Rindu rasanya untuk bertemu kembali dengan peminat-peminat di Malaysia setelah sekian lamanya dan ini bukan kali pertama Radja datang ke Malaysia kerana sudah pun tiba seawal tahun 2004 dan 2005 lagi dan setiap kali mengadakan persembahan selalunya berjaya,” kongsi Ian.

Ibarat membuka lembaran baharu, kedatangan Radja pada kali ini lebih istimewa kerana konsert yang bakal diadakan lebih kepada keakraban di antara band dengan peminat.

“Kami mahukan sebuah konsert yang ‘intimate’ agar peminat berasa lebih dekat, kami juga mahukan sebuah pertunjukan yang ‘sing-along’ dengan kejutan yang sungguh istimewa apabila Ella juga bakal beraksi di pentas yang sama.

“Ini merupakan idea yang sudah lama diutarakan bahawa kami ingin berkolaborasi dengan Ella dalam sebuah pentas, dan pihak penganjur konsert iaitu Orange Entertainment International berjaya merealisasikannya.

“Dua lagu hits Radja ‘Jujur’ dan ‘Takkan Melupakanmu’ nyanyian Ella sangat indah didengar, maka kami gabungkannya lalu menjadi tema buat konsert kali ini selain menjalin perpaduan muzik di antara Indonesia-Malaysia yang sememangnya akrab sejak dahulu lagi,” kata Seno.

Tiket-tiket yang dijual berharga RM168 (Rockzone 1-Jujur), RM148 (Rockzone 2-Tulus), RM528 (VVIP-Cinderella), RM238 (Platinum-Yakin) dan RM198 (Gold-Benci Bilang Cinta) boleh didapati di ticket2u.com.my. – 16 September, 2023

Topics

 

◉ Popular

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related