◉ HEADLINES

3 kali perkahwinan bukanlah kegagalan, tetapi… Engku Emran tampil bersuara isu cerai dengan Noor Nabila

Engku Emran terpanggil untuk menjelaskan perkara sebenar untuk mengelak fitnah berterusan

10:18 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Engku Emran akhirnya bersuara selepas media tempatan melaporkan berita mengenai dirinya dan Noor Nabila yang dikatakan bakal bercerai dalam masa terdekat.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Emran berkata, dia terpanggil untuk menjelaskan perkara sebenar untuk mengelak fitnah berterusan.

“Saya tidak pernah respons kepada khabar angin atau gosip murahan. Pada saya bukan anda yang sediakan makanan atas meja saya mahupun keluarga.

“Jangan komen seperti kita kenal sangat orang yang langsung kita tak kenal. Jangan komen macam kita tak akan ada ujian yang menanti. Jangan keluarkan kata-kata atau hasilkan cerita macam kita tak ada agama.

“Jaga adab dan hormati saya dan Nabila. Kami masih ada keluarga mak dan ayah. Kami tak pernah mengacau hidup sesiapa. Ini ujian untuk kami dan Alhamdulillah kami reda,” katanya.

Tulis bekas suami kepada Erra Fazira dan Laudya Cynthia Bella ini lagi, dia dan Nabila masing-masing sudah mengharungi tiga bahtera perkahwinan, namun perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah.

“Marriage is tough. Yang mana pernah kahwin, pasti tahu. Yang mana belum berkahwin, jangan sembang kuat sangat.

“Saya beritahu Nabila tiga perkahwinan ini bukanlah satu kegagalan. Ia telah tertulis sejak kita belum dilahirkan ke dunia ini lagi. Ia adalah satu perjalanan yang kita tidak dapat elak.

“Sekali lagi saya mohon untuk menghormati dan berikan ruang buat kami. Kami berdua dalam keadaan kecewa. Doakan semoga Allah permudahkan urusan kami,” katanya.

Semalam, media tempatan melaporkan Nabila mengesahkan bahawa dia dan Emran bakal bercerai tidak lama lagi.

Menurut Nabila, mereka sepakat untuk bercerai selepas Emran keluar daripada kediaman mereka sejak awal Januari lalu.

Pasangan ini bernikah pada 19 Mac 2021. – 23 September, 2023

Topics

 

◉ Popular

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related